Saturday 3 August 2019

Chilliwack, British Columbia, Kanada

Pada awal bulan Mac yang lalu, saya melawat ke salah sebuah daerah di British Columbia iaitu Chilliwack. Jarak Chilliwack dengan bandar Vancouver ialah 102 kilometer tetapi sekiranya menggunakan pilihan laluan kedua serta ketiga, jaraknya ialah 116 kilometer dan 119 kilometer. Antara sebab Chilliwack menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong ialah di sini menempatkan Taman Tema Air (Cultus Lake Waterpark) serta Taman Hiburan (Cultus Lake Adventure Park) yang terbesar di British Columbia.

Tidak jauh dari Taman Tema Air dan Hiburan, terletak pula Tasik Cultus di mana banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti contoh berkhemah, berkelah, memancing, belayar, berbasikal, mendaki, menunggang kuda, ski air dan meluncur angin. Walau bagaimanapun aktiviti ini hanya boleh dilakukan pada musim bunga dan panas kerana kawasan rekreasi Taman Negeri ini ditutup pada musim sejuk. Dari jauh saya dapat melihat salji tebal masih menyelaputi kawasan tersebut. Taman Tema Air dan Hiburan juga hanya dibuka selama tiga bulan sahaja.

Gambar-gambar pemandangan yang dikongsikan di bawah ini saya rakamkan di sepanjang pemanduan ke Chilliwack dan Tasik Cultus. Cuaca pada hari itu agak sejuk iaitu suhu sekitar 0 darjah Celsius hingga 3 darjah Celsius. Manakala semasa di dalam pemanduan pulang ke Vancouver, saya singgah sebentar untuk meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Abbotsford.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/Y25Rnk8Tvpo

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN



No comments:

Post a Comment