Wednesday, 21 August 2019

Lokasi Pengambaran Fifty Shades Of Grey Di Vancouver

Satu lagi lokasi pengambaran filem Fifty Shades Of Grey yang dilakukan sekitar Vancouver pada Januari 2014 telah saya jejaki. Ladner Village Hardware ialah sebuah kedai lama berwarna kuning yang menjual barangan kelengkapan dan pertukangan rumah yang terletak di Ladner, Delta, British Columbia iaitu lebih kurang 25 kilometer dari bandar Vancouver. Di dalam filem sensasi itu, pelakon Dakota Johnson yang memegang watak Anastasia Steele bekerja sambilan di kedai menjual barangan kelengkapan dan pertukangan rumah dan di situ juga dia berjumpa buat kali kedua dengan Christian Grey. Pihak produksi filem menggunakan Ladner Village Hardware sebagai lokasi pengambaran sahaja. Jika dirujuk melalui novel dan filem Fifty Shades Of Grey, Anastasia Steele bekerja di kedai yang diberi nama Clayton's Hardware Store yang terletak di Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Sebenarnya sudah beberapa kali saya dan suami datang ke sini tetapi tidak dapat merakamkan video akibat dari kesuntukan masa dan cuaca yang tidak mengizinkan. Agak sedih juga kerana saya tidak berkesempatan untuk meninjau dalam kedai kerana Ladner Village Hardware telah menutup perniagaan buat selama-lamanya semasa pertama kali saya datang ke sini dua atau tiga tahun yang lalu.

Pada bulan Mac yang lalu, dalam keadaan cuaca yang baik pada petang hari Sabtu, saya kembali semula ke kedai kosong Ladner Village Hardware bagi tujuan merakamkan video dan gambar untuk dibuat kenang-kenangan kerana saya seperti dapat mengagak pada masa akan datang bangunan ini mungkin akan berubah wajah atau dirobohkan sekiranya perniagaan lain mengambil alih tapak bangunan kedai ini.

Selain artikel baharu pada kali ini, saya juga pernah menyiarkan beberapa artikel mengenai lokasi pengambaran Fifity Shades Of Grey yang pernah dilawati sebelum ini. Alamat artikel saya letakkan di bawah;
http://sharery.blogspot.com/2015/02/lokasi-pengambaran-fifty-shades-of-grey.html

http://sharery.blogspot.com/2015/06/kota-cinta-seattle-washington.html

http://sharery.blogspot.com/2017/10/gastown-vancouver-kanada.html

http://sharery.blogspot.com/2018/12/julai-2018-musim-panas-di-vancouver.html
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/RZdVt-JZ5y4

Semasa saya memandu di hadapan kedai Ladner Village Hardware pada minggu lalu, bangunan kuning sudah tidak kelihatan. Ia telah roboh sepenuhnya dan pembinaan bangunan lain akan bermula tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

2 comments: