Saturday 15 December 2018

Julai 2018 : Musim Panas Di Kanada (Bahagian 1)

Musim panas tahun ini saya tidak mengembara jauh tetapi sebaliknya tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos saya hanya berada di Kanada dan cuma memandu selama dua jam ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat satu atau dua kali sebulan. Artikel kali ini saya bahagikan kepada dua bahagian di mana saya berkongsi tempat-tempat yang dilawati sepanjang bulan Jun.

Vancouver
Hari Kanada (Canada Day) ialah hari kebangsaan yang disambut pada 1 Julai setiap tahun. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang hari di seluruh negara. Saya hanya bersiar-siar di bandar Vancouver dan melihat ragam orang ramai yang begitu patriotik memakai pakaian berwarna merah sebelum upacara bunga api bermula pada waktu malam.

English Bay Beach
Oleh kerana cuaca sangat baik, saya mengambil kesempatan pergi ke Pantai English Bay. Arca-arca di sini sering menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Anda boleh tonton video yang saya rakamkan di Pantai English Bay pada musim berbeza tiga tahun lalu. Alamat video seperti di bawah ini;
https://youtu.be/f9tBJTbxe7M

Mit Bit

Cocoa 70

Granville Island
Granville Island ialah sebuah pulau kecil yang terletak di bandar Vancouver yang juga salah sebuah tempat tumpuan  pelancong. Walaupun masih musim panas tetapi saya sudah melihat kebanyakan daun-daun di pokok telah bertukar warna. Ini menandakan musim luruh akan tiba lebih awal dari waktu sebenar.

Cartem Donuts

Vancouver

New Westminster

Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver
Melihat kapal terbang Boeing 747 milik Qantas Airways yang sedang membuat penerbangan turun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver. Qantas Airways hanya melakukan penerbangan pada musim sejuk dan panas setiap tahun (Sydney-Vancouver-Sydney)

Richmond

Gastown

Boundary Bay Airport
Lapangan Terbang Boundary terletak di Delta iaitu lebih kurang 29 kilometer dari bandar Vancouver. Lapangan terbang ini sering menjadi lokasi pengambaran drama dan filem tempatan termasuk Fifty Shades Of Grey dan Fifity Shades Freed.

Newton

Breka Bakery & Cafe
Penduduk di Vancouver gemar ke kafe ini kerana pernigaannya dibuka 24 jam sehari dan mempunyai banyak cawangan di sekitar bandar.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/PE0TnRcMAiY

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment