Friday 28 December 2018

September 2018 : Musim Panas Di Washington, Amerika Syarikat (Bahagian 1)

Bellingham ialah sebuah bandar yang terletak berhampiran perairan di pantai barat Amerika Syariakt di negeri Washington. Pemanduan ke Bellingham hanya mengambil masa 30 minit dari sempadan negara Amerika Syarikat dan Kanada. Saya kerap datang ke Bellingham tetapi ini merupakan kali kedua dapat melawat ke pusat bandar Bellingham.

Di sini terdapat sebuah kedai menjual donut yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang diberi nama Rocket Donuts. Kedai Rocket Donuts ibarat seperti sebuah muzium perfileman. Di luar kedai terdapat sebuah roket hiasan bersaiz besar manakala di bahagian dalam pula dihiasi dengan pelbagai poster filem sains fiksyen. Selalunya kedai ini (cawangan di Bellingham) akan tutup awal sekiranya donut habis dijual. Saya ialah antara pelanggan yang tidak bernasib baik semasa datang pada pertama kali bulan sebelumnya. Sebuah lagi cawangan Rocket Donuts terletak di Fairhaven, Washington. iaitu lebih kurang 5 kilometer dari Bellignham.

Fairhaven terletak lebih kurang 5 kilometer dari Bellingham. Bandar kecil ini lebih dikenali sebagai bandar bersejarah dan saya lebih menyukai persekitarannya yang aman serta tidak terlalu sibuk. Fairhaven kerap menerima kunjungan pelancong kerana di sini menempatkan sebuah feri teminal di mana terdapat perkhidmatan feri ulang alik  ke Alaska. Saya turut mengambil gambar bersama patung jurutera John Joseph Donovan dan pengasas Fairhaven iaitu Daniel Jefferson Harris. Sebelum pulang, sekali lagi saya singgah ke kedai Rocket Donuts tetapi kali ini menikmati ais krim pula. Setiap hari cawangan  di sini tutup agak lewat berbanding cawangan di Bellingham. Melalui maklumat yang diterima termasuk dari pegawai sempadan, banyak restoran dan kafe di Fairhaven yang bagus dan mesti dicuba. InsyaAllah saya akan kembali ke Fairhaven pada masa akan datang.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment