Monday 10 December 2018

Jun 2018 : Musim Panas Di Kanada (Bahagian 1)

Musim panas tahun ini saya tidak mengembara jauh tetapi sebaliknya tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos saya hanya berada di Kanada dan cuma memandu selama dua jam ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat satu atau dua kali sebulan. Artikel kali ini saya bahagikan kepada dua bahagian di mana saya berkongsi tempat-tempat yang dilawati sepanjang bulan Jun.

Amerika Syarikat

Vancouver

Steveston
Hari siang paling lama atau siang paling panjang tahun 2018 jatuh pada 21 Jun dan dengan rasminya masuk hari pertama musim panas di Hemisfera Utara. Summer Solstice ialah nama yang lebih dikenali di dalam bahasa Inggeris. Waktu matahari terbit ialah 5:06 pagi dan waktu matahari terbenam ialah 9:20 malam. Jika mengikut waktu sembahyang pula, Subuh pada jam 3:17 pagi. Pada hari siang terpanjang ini saya bersiar-siar di Steveston, British Columbia.
Anda boleh melihat suasana persekitaran Steveston pada musim sejuk tahun yang lepas melalui alamat di bawah ini.
http://sharery.blogspot.com/2018/06/lokasi-pengambaran-drama-once-upon-time_26.html?m=1

http://sharery.blogspot.com/2018/09/musim-sejuksalji-februari-2018_7.html?m=1
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/eot0h7ktPVM

Vancouver

North Vancouver

Bertemu Rakan Instagram 
Tujuan asal saya mempunyai Instagram pada tahun 2012 ialah untuk memberitahu kepada pengikut sekiranya saya telah menyiarkan artikel baharu di laman blog. Pada ketika itu saya tidak terfikir untuk mencari kawan baharu. Tetapi oleh kerana pengikut-pengikut Instagram saya datang dari pelbagai negara maka lama kelamaan persahabatan terjalin dengan mereka.

Seorang rakan Instagram saya dari Jerman sedang melancong di Vancouver dan kami mengambil kesempatan untuk berjumpa buat pertama kali pada 25 Jun. Ini merupakan pertemuan kali ketiga saya dengan rakan Instagram. Pertemuan pertama dan kedua ialah bertemu dengan gadis dari Jepun di Amerika Syarikat dan gadis dari Finland yang pada ketika itu datang melawat teman lelaki beliau di Vancouver. Ada beberapa lagi rakan Instagram yang belum saya temui tetapi kerap berhubung dan ada antaranya setiap tahun tidak lupa menghantar kad ucapan kepada saya.
Sambungan artikel bahagian 2 akan disiarkan tidak lama lagi.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN 


No comments:

Post a Comment