Dave's Fish and Chips ialah restoran makanan laut yang terletak di Steveston, British Columbia, Kanada yang jaraknya lebih kurang 21 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Restoran ini tidak asing di kalangan penduduk tempatan dan menarik perhatian pelancong kerana mutu serta kualiti makanan yang dikekalkan sejak sekian lama. Saya sendiri yang merupakan salah seorang pelanggan tetap sejak tiga tahun lalu telah menikmati pelbagai hidangan makanan laut antaranya ialah
Fish and Chips.
Pada tahun 2018, Dave's Fish and Chips menyambut ulang tahun yang ke-40 perniagaannya. Tentu sekali saya gembira melihat restoran ini masih berdiri teguh dan sentiasa memberikan layanan terbaik kepada pelanggan. Sebagai penduduk tempatan, saya berasa bangga dan berbesar hati kerana secara tidak langsung saya turut sama menyumbangkan bahan berita kepada
Tourism Richmond (Perbadanan Pelancongan Richmond).
Gambar hidangan makanan yang saya muat naik di laman Instagram (
blog_th2010) telah berjaya mencuri tumpuan Tourism Richmond. Justeru pihak penerbitan telah kongsikan gambar itu di dalam artikel istimewa sempena ulang tahun ke-40
Dave's Fish and Chips yang disiarkan pada 28 Ogos 2018 di laman sesawang
Tourism Richmond. Artikel penuh boleh dibaca melalui alamat yang saya kongsikan di bawah ini.
https://www.visitrichmondbc.com/blog/post/happy-anniversary-to-local-legend-daves-fish-chips/
Tiga gambar pertama yang saya muat naik di bawah ini saya rakamkan semasa makan tengah hari di
Dave's Fish and Chips pada bulan April yang lalu manakala tiga gambar terakhir berserta satu video saya rakamkan semasa menikmati makan malam dalam musim sejuk yang bersalji pada 14 Februari yang lalu.
20 April 2019
14 Februari 2019
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/1wtMvPhVmjM
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment