Thursday 10 September 2020

Hope, British Columbia

Hope ialah sebuah bandar kecil yang terletak 152 kilometer dari Vancouver. Ia merupakan antara salah satu bandar yang menjadi pilihan pengembara yang menggunakan Lebuh Raya Trans Kanada (Highway 1) untuk membuat persinggahan. Lebih dari itu, Hope turut menarik pengunjung dengan menawarkan pelbagai aktiviti luaran tidak kira apa musim sekalipun. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, memburu, mendaki, berkhemah, berbasikal, berkayak dan banyak lagi. Filem Rambo First Blood lakonan Sylvester Stallone telah menjalankan pengambaran di Hope serta beberapa tempat lain di British Columbia pada musim sejuk tahun 1981. Bukan setakat filem Rambo, tetapi banyak filem dan drama lain turut menjalani pengambaran di Hope sehingga ke hari ini.


















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment