Sunday 13 September 2020

Kelowna, British Columbia

Kelowna ialah sebuah bandar di Lembah Okanagan yang terletak 390 kilometer dari Vancouver. Meskipun banyak aktiviti dan acara yang diadakan sepanjang tahun di keempat-empat musim di Kelowna, namun yang menjadi tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke sini ialah kerana ladang anggurnya. Kelowna dipanggil sebagai tempat kelahiran pembuatan wine di British Columbia dengan mempunyai lebih dari 40 buah ladang anggur. 

Kedatangan saya ke Kelowna buat kali kedua ini hanyalah persinggahan sebelum saya menyambung pemanduan ke Vernon. Semasa berada di tepi Tasik Okanagan, saya dapat melihat dari dekat haiwan yang banyak terdapat di Amerika Utara iaitu beaver. Sebelum meninggalkan Kelowna, saya singgah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kelowna yang jaraknya ialah 14 kilometer dari pusat bandar. Di dalam musim pandemik ini agak janggal dan sedih melihat lapangan terbang yang sunyi tanpa ada penumpang dan tiada penerbangan keluar masuk. Begitu juga banyak kapal terbang yang diparkir di landasan.

Di bawah ini saya sertakan alamat artikel semasa kedatangan saya ke Kelowna pada kali pertama pada tahun lalu.
https://sharery.blogspot.com/2020/04/kelowna-british-columbia.html


















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment