Tuesday 8 September 2020

Musim Bunga Dan Covid-19

Tiada siapa yang menyangka pandemik Covid-19 telah membuatkan dunia seperti huru-hara dan cara kehidupan semua orang juga berubah menjadikan ia norma baru (new normal). Agak sedih juga apabila ramai orang tidak kira tua, muda atau kanak-kanak yang mempunyai tekanan perasaan dalam menjalani kehidupan norma baru ini. Bagi saya pula, perbezaan yang ketara ialah tidak dapat mengembara ke luar negara. Agak janggal juga berada di rumah selama beberapa bulan tanpa melakukan banyak aktiviti luaran. Saya juga bersyukur kerana sepanjang musim bunga, (Mac-Jun) saya agak sibuk dengan menghadiri kursus secara dalam talian di rumah bersama pakar-pakar perubatan. 

Melihat dari sudut positif, musim bunga yang lepas sebenarnya banyak 'menemani' dan 'menceriakan' kehidupan saya. Walaupun saya bukan peminat setia bunga, tetapi sejak dari dulu lagi saya suka mengambil gambar bunga. Maka artikel kali ini saya kongsikan himpunan gambar pada musim bunga yang lalu termasuk gambar pada Hari Raya Aidilfitri dan sambutan hari lahir suami saya. Saya turut menyelitkan gambar salah satu pusat membeli belah di Vancouver yang ditutup pintu dan tingkapnya dengan papan kayu. 




































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

2 comments: