Saturday 5 September 2020

Makan Malam Di Kafe Yahudi Pulau Mercer

Pulau Mercer ialah sebuah pulau yang terletak di atas Tasik Washington dan tidak jauh dari Seattle. Pulau ini menjadi penghubung antara Seattle di bahagian barat dan Bellevue di bahagian timur. Mengikut bancian pada tahun 2018, jumlah penduduk di Pulau Mercer ialah seramai 25, 976 orang.

Pada awalnya saya dan suami hanya ingin ke kedai Starbucks di Pulau Mercer, tetapi semasa kami sedang minum di dalam kedai, kami mendapat tahu ada sebuah kafe Yahudi yang terletak berdekatan dengannya. Oleh kerana kami belum makan tengah hari dan waktu makan malam pula hampir tiba, maka kami mengambil keputusan untuk makan di situ sebelum pulang ke Kanada.

Island Crust Cafe menyajikan hidangan makanan halal, kosher dan vegetarian. Kami memesan jejari keju  (Mozarella Sticks), sandwich tuna (Tuna Melt) dan pizza (Pineapple Express). Seperti para pelayan di mana-mana kafe atau restoran di Amerika Syarikat yang sentiasa peramah, pelayan di Island Crust Cafe pun begitu juga. Kafe ini besar, bersih dan ada yang barang-barang hiasan yang ditulis di dalam bahasa Hebrew. Jika ada kesempatan di lain masa, kami pasti akan kembali untuk menjamu selera di sini.















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment