Tuesday 15 September 2020

Pemanduan Dari Vancouver Ke Vernon, British Columbia

Jarak pemanduan dari Vancouver ke Vernon ialah 443 kilometer. Di sepanjang perjalanan saya singgah di dua buah bandar iaitu Hope http://sharery.blogspot.com/2020/09/hope-british-columbia.html dan Kelowna ; http://sharery.blogspot.com/2020/09/kelowna-british-columbia.html

Cuaca pada hari itu mendung dari pagi tetapi agak terang pada sebelah petang. Pemandangan indah dapat dilihat semasa melalui Lebuh Raya Okanagan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kelowna sehingga ke Vernon di mana pemanduan menempuhi tiga buah tasik iaitu Tasik Ellison, Wood dan Kalamalka. 

Sebaik tiba di Vernon pada lewat petang, saya dan suami terus membeli makan malam dan kemudian daftar masuk ke hotel. Pemanduan akan bersambung pada keesokan harinya. Video penuh yang dirakamkan di sepanjang pemanduan dari Vancouver ke Vernon boleh anda tonton di saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/22S1BQBZ188




































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment