Kebelakangan ini saya mendengar cerita ada rakan dan kenalan yang bertugas mahupun melancong ke luar negara seperti Dubai, Kaherah dan Istanbul. Tiba-tiba hati memanggil untuk bercerita mengenai abaya.
Anda tahu apa itu abaya? abaya adalah jubah hitam yang dipakai oleh wanita di negara Arab dan Timur Tengah. Jika kita memanggil ianya jubah, tetapi sebenarnya mereka memanggil abaya. Mereka memakai abaya hanya sekadar baju sarung/luaran sahaja, tetapi di dalamnya mereka masih memakai pakaian dan bergaya sama seperti orang lain (memakai singlet, baju T, seluar jeans atau skirt).
Ingin saya jelaskan di sini bahawa jubah buatan Malaysia jauh berbeza sama sekali dengan abaya dan saya sendiri dapat melihat perbezaannya dari segi fabrik, corak, serta potongan dan saiz.
Saya sendiri mempunyai lebih kurang lapan helai abaya yang kesemuanya di beli setiap kali saya ke Dubai. Boleh di dapati pada harga serendah 30 Dirham (lebih kurang RM26) dan harga yang tinggi boleh mencecah ratusan Dirham bergantung pada jenis fabrik dan corak. Sebenarnya amat susah untuk mencari abaya yang berharga serendah 30 Dirham. Hanya sesetengah kedai sahaja yang menawar serta sanggup menurunkan harga serendah itu. Kebanyakan kedai menjual sekitar 50 Dirham ke atas.
Jika melancong atau ingin membeli belah, tidak ada istilah penat pada diri saya, malah saya selesa berjalan dan membeli belah seorang diri. Sama juga semasa berada di Dubai, saya pernah jalan berseorangan di sepanjang Naif Road dan kawasan sekitarnya. Selagi mampu, saya cuba mendapatkan barang pada harga serendah yang boleh, bak kata orang membeli kena ada tawar menawar.
Gambar di atas dirakamkan di salah sebuah kedai menjual abaya. Sebelum membeli pasti saya akan mencuba terlebih dahulu. Kebanyakan kedai yang saya kunjungi, mereka menyediakan perkhidmatan ubahsuai (mengecil atau melonggarkan lagi abaya) dengan percuma dan dapat disiapkan hanya dalam jangka beberapa minit.
Bergambar bersama para pembantu kedai yang peramah. Dapat dilihat di situ lelaki ini sedang memperlengkapkan selendang dengan taburan manik. |
Percaya atau tidak, kesemua barang yang berada di atas katil ini saya beli pada hari yang sama, membawa kesemua plastik beg ini tanpa bantuan kerana saya membeli belah seorang diri! Cuma apabila tiba di hotel, hendak turun dari bas barulah ada rakan sekerja saya yang membantu kerana beliau melihat saya sudah tidak menang tangan.
Penat pun hilang setelah melihat hasil membeli belah yang dilakukan seorang diri.
Pada bulan Ramadan yang lepas, ketika saya membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, langkah saya terhenti seketika di hadapan sebuah kedai kecil. Melihat dari luar saya sudah tertarik untuk masuk ke dalam. Ingin tahu mengapa? Dari luar saya nampak kedai kecil ini saling seiras dengan kedai abaya di Dubai. Melangkah masuk saya amat terkejut kerana memang benarlah kedai ini menjual abaya dan di akui oleh pembantu kedai kesemua abaya diimport dari Dubai. Oleh kerana saya ternampak beberapa abaya seakan milik saya, maka saya bertanyakan harganya. Harga abaya yang dijual serendah RM350 sehelai dan ada pula yang berharga RM450 sehelai!! Cukuplah apabila saya sudah mengetahui harga yang tidak masuk akal ini. Walaupun pembantu kedai memberitahu kepada saya harga boleh dikurangkan sedikit, tetapi saya tetap tidak berminat untuk membeli. Jika dapat diskaun sekalipun tentu harganya masih sekitar RM300 sehelai. Jika wang tunai RM300 diberikan kepada saya, saya boleh membeli berhelai-helai abaya di negara Timur Tengah.
Kerap kali juga saya ke Indonesia terutamanya ke Jakarta dan saya sering melihat kedai yang menjual seakan akan abaya (bewarna hitam dan ditaburi manik serta potongannya berbeza dari jubah biasa), tetapi malangnya tidak terlintas pula untuk saya membelinya. InsyaAllah jika berkesempatan ke Indonesia lagi, saya akan membeli juga beberapa helai untuk koleksi peribadi.
Salah satu koleksi abaya yang dipakai pada Hari Raya AidilAdha yang lepas.
Secara kesimpulannya, abaya dari negara Timur Tengah juga yang menjadi kegemaran saya hingga ke hari ini.
Jumpa Lagi.
Wah tentang "jubah" memang cantik pun baju tu.
ReplyDeleteEspecially waktu dipakai Hari Raya Haji yang lepas :)
Tq :)
ReplyDelete30 dirham = rm 30 ke acu? woah murahnya!!! kt cnie gler2 harga dye... pnah ingt nk beli satu wat pkai di BMI mlm jumaat tpi blum berkesempatan.. :(
ReplyDeleteSepanjang yang acu nampak kat Malaysia takde yang jual batul2 sebijik dari Dubai atau negara Arab yang lain.Ada pun yg kedai kat Jalan TAR tu,mmg import dari sana.Yang mahal nak mampus tu.
ReplyDeleteKalau ikut matawang semasa ringgit dgn dirham beza dalam seringgit dua aje.
Harga yang paling murah tu tak dapat la pattern kilat bling bling.Yang murah corak simple je :) hehhe
hmmm napa le idak beli kan akak se helai hmmm
ReplyDelete