Lebih 2minggu saya tidak berhenti di laman blog ini,kerana agak sibuk dan berada di luar Perth.Banyak cerita dan gambar yang ingin dikongsi ,tetapi bukan lah pada hari ini.
Tujuan saya berada di sini pada hari ini adalah untuk mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN untuk anak saudara dan abang sulung saya.
20Februari adalah hari ulang tahun anak saudara yang ke 21 tahun.
Ashraff Bin Nor Ariff(Yie)
Semoga Yie belajar bersungguh sungguh sehingga ke manara gading,banggakan kedua ibu bapa,ingat asal usul kita dan yang paling penting,sentiasa ingat pada Allah s.w.t.
Acu doakan Yie cepat datang melawat acu di Perth.
Manakala sehari berikutnya,iaitu pada 21Februari adalah hari ulang tahun abang sulung saya yang ke 50tahun.
Nor Ariff Bin Noordin(Along)
Gambar di atas dirakamkan setelah selesai majlis akad nikah,pernikahan saya.Along(nama panggilan keluarga)yang menjadi wali saya ketika itu.
Tidak terkira pengorbanan abang sulung,tambahan pula selepas pemergian bapa tercinta.Beliaulah yang menjadi nakhoda kapal untuk kami sekeluarga.
Saya sedih kerana tidak dapat bersama sama menyambut hari ulang tahun along,yie,dan ahli keluarga yang lain kerana setiap kali menyambut hari ulang tahun ahli keluarga,kami akan mengadakan majlis tahlil,bacaan yassin beramai ramai,majlis bertukar2 hadiah malah di situlah peluang untuk kami semua berkumpul.
Doa dan harapan saya agar Yie dan Along sentiasa diberikan kesihatan yang bagus,jadi dapatlah menjalani kerja kerja harian dengan baik dan lancar.
Saya Sayang Semua...
Yang Jauh Di Mata,Dekat Di Hati,
ACU/ADIK
21/02/2010
Selamat hari ulang tahun. Semoga dipanjangkan umur, luaskan pintu rezki & diberi kesihatan yang baik. Amin. InsyAllah :)
ReplyDeletehahahahah raa nk nanges gak!!! hahahah T_T
ReplyDeleteThanks!!!!
hpy bday along n yie!!
ReplyDeletesmga dngan thun kelahiran baru ini memberi seribu makna gembira..