Bertemu kita sekali lagi di sini,dan saya akan menyambung cerita mengenai perjalanan dari Adelaide ke Melbourne.
Berlepas kami dari Adelaide pada jam 6.45pagi dengan penerbangan QF 672 dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15minit.
Sedap rasanya dapat merehatkan diri serta bersarapan sekali lagi di dalam pesawat.Tidak lama saya memejam untuk merehatkan mata,saya dikejutkan oleh suami.Kami menerima nota dari CSM(Customer Service Manager),dan beliau menawarkan diri untuk mengambil gambar kami berdua sambil memegang nota berkenaan.
Kami berdua memang tidak menyambut Valentines Day,tetapi hormati sahajalah kepada yang sudi menulis nota ini.Mereka tidak tahu menahu pun mengapa kita tidak menyambutnya.Begitu ramai penumpang,tetapi kami berdua sahaja yang seringkali ditegur,dan 'diusik' oleh krew kabin.Kata suami mungkin ada di antara mereka yang pernah terbang bersama beliau.
Oh ya,cuba lihat mata kami berdua,terasa biji mata sudah hampir tertanggal :-)
Tidak lama selepas gambar di atas dirakamkan,kami pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne kira kira jam 8.30pagi.Waktu di Melbourne(Victoria)3jam kehadapan daripada Perth(Australia Barat).Sebelum meninggalkan pesawat,saya mengambil kesempatan bergambar bersama sama krew kabin yang begitu peramah.
Andy,Samantha dan Paul
Selesai dengan urusan mengambil bag,kami pun meninggalkan lapangan terbang menuju ke bandaraya dengan menaiki bas awam.Niat dihati ingin melelapkan mata seketika apabila berada di dalam bas,malang sekali bas yang dinaiki penuh dan kami terpaksa berdiri.Saya tidak ada mood untuk melihat keadaan sekeliling kerana cuaca yang mendung selepas hujan,dan akibat dari itu juga,saya beberapa kali terlelap walaupun saya berdiri di sepanjang perjalanan!
Oleh kerana daftar masuk ke hotel pada jam 2petang,kami cuma singgah meletakkan bag sahaja.Selepas itu kami meneruskan perjalanan berjalan kaki ke Queen Victoria Market.
Pasar??!Ya,memang pasar,tetapi yang membuatkan ianya istimewa dan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong ialah kerana usianya.Queen Victoria Market dibuka sejak tahun 1878 dan jika dikira sehingga kini usianya adalah 132tahun!
Salah satu papan tanda yang menyambut kedatangan pengunjung.
Sesuatu yang klasik.Menjual donut panas di dalam bas mini lama,malah penyediaan dan memasak juga dilakukan di dalam bas ini.
Queen Victoria Market juga sangat terkenal dengan penjualan bahan mentah dan basah seperti buah buahan,sayur sayuran serta hasil tangkapan laut,daging,roti,dan juga pelbagai jenis keju.
Di suatu bahagian lain pula,terdapat para penjual yang menjual pakaian,kasut,cenderamata,beg tangan dan lain lain lagi.
Oleh kerana terlalu penat,tidak banyak gambar yang kami rakamkan di sini.InsyaAllah jika ada rezeki di lain masa,saya akan rakamkan gambar sebanyak yang boleh :-)
Jam menunjukkan sudah tengah hari,maka tanpa berfikir panjang terus kami ke 77 Es Teler(restoran Indonesia)
77 Es Teler sangat terkenal di Melbourne,malah pada suatu ketika 77 Es Teler pernah membuka cawangan di Perth dan saya pernah menikmati hidangannya di Perth pada awal tahun 2008 sambil mendengar lagu lagu dari penyanyi Indonesia.Malang sekali 77 Es Teler cawangan Perth telah ditutup dalam tahun yang sama.
Bergambar sebelum kami menjamu makan tengah hari.Nasi ayam,ayam goreng,dan kueytiaw goreng(kueytiaw goreng tidak ada di dalam gambar kerana hidangan lewat tiba).
Perut kenyang,mata pun semakin berat.Hehehhe..Lebih kurang 2.30petang,kami pun ke hotel untuk daftar masuk.
Selesai mandi dan solat,inilah perkara yang saya tunggu tunggu,setelah hampir 48jam(hampir 2hari) tidak tidur,akhirnya saya dapat tidur nyenyak selama beberapa jam.
Temujanji makan malam bersama rakan rakan suami mesti ditepati,maka kami pun keluar semula pada lewat petang.
Keadaan bandaraya Melbourne pada lewat petang..
Makan malam kami adalah di Blok M Express(restoran Indonesia)yang terletak di 380 Little Bourke Street.
Buku Menu
Hiasan dinding yang menceritakan mengenai Indonesia.Nasi dan Ikan Berlado
Nasi Goreng Daging
Bergambar sebelum menjamu selera.Untuk maklumat anda,jika dilihat pada gambar dibawah,tentu anda perasan minuman berwarna putih di atas meja.Sangat istimewa iaitu Durian Smoothies.Rasa tidak lengkap jika tidak minum minuman panas selepas makan.Kami bergerak pula ke 'kedai coklat' Max Brenner The Choclate Bar.(http://www.maxbrenner.com.au/.)
Pendek kata,hampir kesemua menunya mesti dari kandungan coklat.Lebih menarik lagi,pemprosesan coklat dilakukan di dalam kedai dan para palanggan dapat melihatnya dari dekat.
Pintu masuk
LogoLebih menarik perhatian ialah pemprosesan coklat dilakukan di dalam kedai dan pelanggan dapat melihat dari dekat bagaimana ianya diproses daripada coklat masih di dalam tangki...
..sehinggalah ianya sampai ke tangki dapur(coklat mengalir melalui beberapa batang paip besar)
Kami bersama Khairi dan Maya
Ini adalah pilihan saya.Gabungan ais krim,kepingan coklat,bebola coklat dan coklat cair.
Minuman coklat pudina panas pilihan suami manakala pilihan saya pula adalah Mocha,gabungan kopi dan coklat gelap(3jenis coklat yang boleh dipilih sendiri,coklat putih,coklat susu dan coklat gelap)
Menghirup minuman dengan menggunakan Hug Mug yang sangat unik.
Sempat merakamkan gambar sebelum pulang
Kami menghabiskan beberapa jam di Max Brenner dan beredar hampir jam 11malam.Sebelum pulang semula ke hotel,kami mengambil peluang berjalan jalan di sekitar bandaraya Melbourne.
Melbourne Central(pusat membeli belah)
Gambar kandid seorang lelaki yang bekerja pada waktu malam menampal poster atau iklan di tiang yang disediakan.
Inilah ikon bandaraya Melbourne,Flinders Street Railway Station.Stesyen keretapi yang terkenal ini berusia lebih 100 tahun.
Berhenti saya di sini dahulu,nantikan coretan Melbourne kedua saya(15&16/02/2010)dalam beberapa hari dari lagi :-)
woah!!!!!!.. sangat menarik.. mmg btulla acu.. mta acu n unclee mcm dh nk tertanggal.. hihihihihi... terliur nengok coklat tuu.. :)
ReplyDeletemata "ala kassimmm"..hehehe
ReplyDeletemmg unik,dan best kedai coklat tu,kalah kopihitam.heheh
Simon; CSM of QF672 baru saya ingat siapa dia =) We pernah buat MEL-HKG-MEL, PER-SIN-PER & few other sectors banyak kali dah :)
ReplyDeleteSam & Paul plak we pernah do CGK Nightstops & few more, if tak silap BKK pun ada dulu hehehe. This is source from Adik Adik Kimono in ACS hehehehe. Small world, lama tak jumpa mereka semua.
Company besar lah kononnya hehehe
I love this travel blog. Keep it up & please post more pix :) of me ..oppss of food & others hehehehe
Apa daaa,,dah nak masuk sebulan baru ingat diorg.hahah
ReplyDelete