Monday, 1 February 2010

Sabar Menanti..

Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Pertemuan,

Sebenarnya ada sesuatu yang bermain di kotak fikiran saya beberapa jam sebelum bertemu anda di laman blog ini.



      Gambar ini dirakamkan ketika saya baru keluar dari kereta untuk ke pasar raya beberapa minggu lepas.

Melihat kapal terbang Boeing 777 Penerbangan Malaysia meninggalkan bandaraya Perth ini untuk pulang ke Kuala Lumpur membuatkan saya tersenyum.
Rindu!Satu ungkapan yang mudah diungkapkan.Tetapi apabila rindu menyelubungi hati dan perasaan,apa pula yang akan terjadi??
     Pejam celik,pejam celik sudah 6bulan saya meletakkan jawatan sebagai pramugari MAS.Selama 5tahun saya terbang ke merata negara,tidak dapat dinafikan pada saat ini....saya rindu!Rindu suasana,rakan sekerja dan rindu untuk terbang.Tanyalah kepada sesiapa yang pernah bekerja di dalam dunia penerbangan,jika dalam beberapa bulan atau tahun tidak terbang,tentu perasaan mereka sama seperti saya.
     Kapal terbang sudah menjadi seperti padang permainan saya.Jika dihitung kembali semasa saya bekerja,kadang kadang dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja saya dapat berada di rumah.Masa dan hari banyak dihabiskan di awan biru dan di luar negeri.Adakalanya,rakan rakan sekerja juga boleh dianggap seperti adik beradik kerana semasa bekerja kami memanggil sesama sendiri yang,adik,kakak,dan abang :-)
  
Abang(Kapten)Radzuan dan isterinya Kak Leza adalah kakak dan abang angkat saya.








Sumi Sahnila,rakan serumah saya selama 4tahun semasa menyewa di Puchong.









                                                                                      
Gjul,sahabat baik yang saya kenal sejak 6tahun yang lepas.Beliau juga menjadi pengapit suami saya ketika majlis persandingan saya tahun lepas.


Ketua Pramugari(LSS) Faizah Nordin,yang saya selesa memanggil beliau akak sahaja.
Oleh kerana beliau tidak dapat hadir pada majlis persandingan,kak faizah dan keluarga sanggup datang ke rumah saya beberapa hari sebelum majlis berlangsung.








Bongek(Kapten)Mushafiz,seorang yang bersahaja.Beliau tidak dapat hadir di majlis persandingan saya kerana bertugas tetapi beliau datang sehari sebelumnya iaitu selepas majlis pernikahan.Yang membuatkan saya dan suami terharu ialah selepas beliau mendarat dari KLIA,terus memandu ke Ipoh pada lewat petang dan pulang semula ke Cyberjaya pada sebelah malamnya.








Hanya lima gambar sahaja yang dapat saya sertakan di atas,dan masih ada beberapa lagi kenalan rapat di MAS yang  tidak dapat saya letakkan gambar di sini kerana kebanyakan gambar ada disimpan di dalam komputer riba saya yang  rosak.Mereka antaranya;Fizi,Aerill,Fandi dan Afiq Adzhari.
Saya menanti dan berharap agar mereka yang saya sebutkan di atas akan mendapat jadual terbang ke Perth,dan bolehlah saya berjumpa dengan mereka.

Kepada ahli keluarga dan rakan rakan yang lain,bukanlah saya meminggirkan anda semua.Kehadiran anda semua sememangnya amat saya nantikan.Cuma saya faham,mahu melancong ke luar negara harus memilih cuti,tarikh yang sesuai malah memerlukan kos kewangan yang tinggi.Oleh kerana itulah buat masa terdekat ini,saya menantikan "mereka yang bersayap/terbang percuma"ini untuk datang kesini :-)

Kata orang,yang pergi biarkan berlalu.Menyarung kebaya batik dan boleh dianggap sebagai duta negara selama 5tahun akan tetap menjadi sejarah dalam hidup dan sebuah kenangan terindah yang tidak dapat saya lupakan sampai bila bila :-)

Saya berharap jika berpeluang menaiki pesawat pulang ke Malaysia atau Singapura,sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan yang kepatahan sayap ini.....Saya rindu anda semua!



4 comments:

  1. Hugs & InsyAllah once settle semua kita pulang ke SIN/KUL/IPH k.

    Masih ingat tak "Cabin Crew prepare the aircraft for arrival & be seated for the landing, Thank You" or yang ni cuma QF je yang buat such announcements? :D

    ReplyDelete
  2. Sayang.....we miss u too :(( Kak Nisa

    ReplyDelete
  3. Miss u too kak.Igt lagi kita berdua slalu pi meeting/aktiviti pu3 sama2 :(

    ReplyDelete
  4. errkkkkk....dik, tu yg buat akak makin rindu kat awak. Org akan cari awak kalo akak ada masa mtg pu3. Main boling sama kan....miss that moment :((

    ReplyDelete