28 February 2010

Melbourne 14/02/2010

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Bertemu kita sekali lagi di sini,dan saya akan menyambung cerita mengenai perjalanan dari Adelaide ke Melbourne.
Berlepas kami dari Adelaide pada jam 6.45pagi dengan penerbangan QF 672 dan  mengambil masa lebih kurang 1 jam 15minit.
Sedap rasanya dapat merehatkan diri serta bersarapan sekali lagi di dalam pesawat.Tidak lama saya memejam untuk merehatkan mata,saya dikejutkan oleh suami.Kami menerima nota dari CSM(Customer Service Manager),dan beliau menawarkan diri untuk mengambil gambar kami berdua sambil memegang nota berkenaan.
     Kami berdua memang tidak menyambut Valentines Day,tetapi hormati sahajalah kepada yang sudi menulis nota ini.Mereka tidak tahu menahu pun mengapa kita tidak menyambutnya.Begitu ramai penumpang,tetapi kami berdua sahaja yang seringkali ditegur,dan 'diusik' oleh krew kabin.Kata suami mungkin ada di antara mereka yang pernah terbang bersama beliau.
Oh ya,cuba lihat mata kami berdua,terasa biji mata sudah hampir tertanggal :-)

     Tidak lama selepas gambar di atas dirakamkan,kami pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne kira kira jam 8.30pagi.Waktu di Melbourne(Victoria)3jam kehadapan daripada Perth(Australia Barat).Sebelum meninggalkan pesawat,saya mengambil kesempatan bergambar bersama sama krew kabin yang begitu peramah.

Andy,Samantha dan Paul

     Selesai dengan urusan mengambil bag,kami pun meninggalkan lapangan terbang menuju ke bandaraya dengan menaiki bas awam.Niat dihati ingin melelapkan mata seketika apabila berada di dalam bas,malang sekali bas yang dinaiki penuh dan kami terpaksa berdiri.Saya tidak ada mood untuk melihat keadaan sekeliling kerana cuaca yang mendung selepas hujan,dan akibat dari itu juga,saya beberapa kali terlelap walaupun saya berdiri di sepanjang perjalanan!
    Oleh kerana daftar masuk ke hotel pada jam 2petang,kami cuma singgah meletakkan bag sahaja.Selepas itu kami meneruskan perjalanan berjalan kaki ke Queen Victoria Market.
Pasar??!Ya,memang pasar,tetapi yang membuatkan ianya istimewa dan menjadi salah satu tempat tarikan pelancong ialah kerana usianya.Queen Victoria Market dibuka sejak tahun 1878 dan jika dikira sehingga kini usianya adalah 132tahun!
   Salah satu papan tanda yang menyambut kedatangan pengunjung.



Sesuatu yang klasik.Menjual donut panas di dalam bas mini lama,malah penyediaan dan memasak juga dilakukan di dalam bas ini.
Queen Victoria Market juga sangat terkenal dengan penjualan bahan mentah dan basah seperti buah buahan,sayur sayuran serta hasil tangkapan laut,daging,roti,dan juga pelbagai jenis keju.
Di suatu bahagian lain pula,terdapat para penjual yang menjual pakaian,kasut,cenderamata,beg tangan dan lain lain lagi.
Oleh kerana terlalu penat,tidak banyak gambar yang kami rakamkan di sini.InsyaAllah jika ada rezeki di lain masa,saya akan rakamkan gambar sebanyak yang boleh :-)

     Jam menunjukkan sudah tengah hari,maka tanpa berfikir panjang terus kami ke 77 Es Teler(restoran Indonesia)


77 Es Teler sangat terkenal di Melbourne,malah pada suatu ketika 77 Es Teler pernah membuka cawangan di Perth dan saya pernah menikmati hidangannya di Perth pada awal tahun 2008 sambil mendengar lagu lagu dari penyanyi Indonesia.Malang sekali 77 Es Teler cawangan Perth telah ditutup dalam tahun yang sama.


Bergambar sebelum kami menjamu makan tengah hari.Nasi ayam,ayam goreng,dan kueytiaw goreng(kueytiaw goreng tidak ada di dalam gambar kerana hidangan lewat tiba).
Perut kenyang,mata pun semakin berat.Hehehhe..Lebih kurang 2.30petang,kami pun ke hotel untuk daftar masuk.
Selesai mandi dan solat,inilah perkara yang saya tunggu tunggu,setelah hampir 48jam(hampir 2hari) tidak tidur,akhirnya saya dapat tidur nyenyak selama beberapa jam.

     Temujanji makan malam bersama rakan rakan suami mesti ditepati,maka kami pun keluar semula pada lewat petang.
                      Keadaan bandaraya Melbourne pada lewat petang..


Makan malam kami adalah di Blok M Express(restoran Indonesia)yang terletak di 380 Little Bourke Street.

Buku Menu
                   Hiasan dinding yang menceritakan mengenai Indonesia.

                                           Nasi dan Ikan Berlado
Nasi Goreng Daging
Bergambar sebelum menjamu selera.Untuk maklumat anda,jika dilihat pada gambar dibawah,tentu anda perasan minuman berwarna putih di atas meja.Sangat istimewa iaitu Durian Smoothies.


     Rasa tidak lengkap jika tidak minum minuman panas selepas makan.Kami bergerak pula ke 'kedai coklat' Max Brenner The Choclate Bar.(http://www.maxbrenner.com.au/.)
Pendek kata,hampir kesemua menunya mesti dari kandungan coklat.Lebih menarik lagi,pemprosesan coklat dilakukan di dalam kedai dan para palanggan dapat melihatnya dari dekat.
Pintu masuk
                                                         Logo

Lebih menarik perhatian ialah pemprosesan coklat dilakukan di dalam kedai dan pelanggan dapat melihat dari dekat bagaimana ianya diproses daripada coklat masih di dalam tangki...

..sehinggalah ianya sampai ke tangki dapur(coklat mengalir melalui beberapa batang paip besar)


                                       Kami bersama Khairi dan Maya
Ini adalah pilihan saya.Gabungan ais krim,kepingan coklat,bebola coklat dan coklat cair.

Minuman coklat pudina panas pilihan suami manakala pilihan saya pula adalah Mocha,gabungan kopi dan coklat gelap(3jenis coklat yang boleh dipilih sendiri,coklat putih,coklat susu dan coklat gelap)
             Menghirup minuman dengan menggunakan Hug Mug yang sangat unik.
Sempat merakamkan gambar sebelum pulang


Kami menghabiskan beberapa jam di Max Brenner dan beredar hampir jam 11malam.Sebelum pulang semula ke hotel,kami mengambil peluang berjalan jalan di sekitar bandaraya Melbourne.
                                      Melbourne Central(pusat membeli belah)

Gambar kandid seorang lelaki yang bekerja pada waktu malam menampal poster atau iklan di tiang yang disediakan.

Inilah ikon bandaraya Melbourne,Flinders Street Railway Station.Stesyen keretapi yang terkenal ini berusia lebih 100 tahun.
    
Berhenti saya di sini dahulu,nantikan coretan Melbourne kedua saya(15&16/02/2010)dalam beberapa hari dari lagi :-)

23 February 2010

Adelaide

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hari Rabu.

Bertemu kembali  di laman blog ini.Seminggu telah berlalu percutian saya yang tidak dirancang bermula dari 13 sehingga 16 Februari yang lepas.

     Pada 13Februari seawal jam 3.30pagi(saya dan suami masih tidak tidur kerana masing masing sibuk melayari internet),tiba tiba suami membuat keputusan mengejut untuk terbang ke Adelaide dan Melbourne lantas menyuruh saya mengemas beg.Masa amat suntuk kerana hanya tinggal kurang 3jam lagi sebelum waktu berlepas.Kata suami "kita buat ala ala backpacker,bawa beg kecil saja".
Saya tidak kisah itu semua kerana saya sudah biasa melancong ala ala backpacker,tetapi terdetik di dalam hati,"masalahnya baju apa yang hendak dibawa?"Saya kena fikir dan mengemas beg untuk suami juga.Hurmmm..Tidak boleh fikir panjang lagi,semuanya carca marba,waktu juga berjalan dengan pantas.Buka almari baju,apa saja yang saya nampak,terus saya masukkan ke dalam beg! :-) Selesai mengemas beg dan mempersiapkan diri,kami pun bergerak menuju ke Lapangan Terbang Domestik,Perth.
Syukur semua urusan daftar masuk pun selesai,dan kami pun terbang ke Adelaide dengan penerbangan Virgin Blue,DJ 712 pada jam 6.30pagi :-)
Inilah wajah yang hampir 24jam tidak tidur,tetapi tetap ceria kerana amat teruja dapat bertemu "playground" saya semula.Jakun bukan kepalang,rasa seperti tidak pernah menaiki kapal terbang :-)
                Gambar bandaraya Adelaide dirakamkan beberapa minit sebelum mendarat.

     Penerbangan yang mengambil masa selama 2jam dan 40minit akhirnya selamat tiba dan mendarat di Adelaide pada jam 11.50pagi waktu tempatan.Waktu di Adelaide(Australia Selatan) 2jam30minit kehadapan daripada Perth(Australia Barat).
Setelah menyimpan beg di tempat penyimpanan beg di Lapangan Terbang Adelaide,kami pun bergerak menuju ke pusat bandaraya.
Apa lagi aktiviti kami kalau bukan berjalan jalan dan merakamkan sebanyak mana gambar yg boleh dirakamkan melalui kamera yang dibawa.

Adelaide Arcade adalah salah satu bangunan lama yang masih kekal teguh malah dijadikan tempat membeli belah.
                                     Antara replika yang menjadi tarikan pelancong.


Saya berlatar belakangkan bangunan ditengah tengah bandaraya Adelaide
Sempat berjalan jalan di China Town yang juga lebih dikenali sebagai Central Market,sambil membasah tekak dengan minuman bubble tea. Dibelakang saya pula ada sekumpulan penari tarian singa yang terdiri dari kaum cina dan
"mat salleh".


Beberapa jam setelah kami meronda di bandaraya,langkah kaki menuju ke destinasi/tumpuan pelancong seterusnya iaitu Glenelg yang mengambil masa perjalanan selama 30minit dengan menaiki tram.
Inilah tram yang membawa kami ke Glenelg.

Oleh kerana Glenelg terletak di tepian pantai,maka sudah tentunya perbagai aktiviti boleh diadakan di sini bersama keluarga mahupun rakan rakan.Antara yang menarik tumpuan ialah  taman tema air,taman rekreasi,pelbagai aktiviti pantai,serta pelbagai pilihan kedai kedai menjual pakaian,cenderamata dan juga makanan.
                      Salah satu cara mempromosikan kedai makan.Amat menarik bukan?

Oleh kerana ramai yang ingin menghabiskan masa di tepi pantai,kami juga tidak mahu ketinggalan menyertai mereka yang lain.
          Duduk di atas tembok sambil memerhatikan gelagat para pengunjung dan pelancong.


Sempat saya menghalakan lensa kamera ke arah sekumpulan remaja cina ini.Dengan keadaan cuaca yang panas suhu sekitar 37darjah Celcius,remaja ini sanggup memakai sarung kaki hitam yang memang diyakini panas dan mudah berpeluh!Inilah yang dinamakan bergaya tidak kena pada tempat.
Sementara menuggu matahari untuk melabuhkan tirainya,maka sempatlah saya merakamkan lagi beberapa gambar yang menarik.

 

Dan ini pula gambar terakhir sebelum kami pulang semula ke bandaraya.
 
Sampai di bandaraya,kami kembali semula ke tempat tempat yang kami telah kunjungi pada siang hari.Melihat kebanyakan tempat pada sebelah malam,tentu saja keadaannya berbeza sama sekali.
Bebola besi ini adalah ikon terkenal di bandaraya Adelaide.Oleh kerana pada sebelang siang terlalu ramai orang di kawasan ini,maka kami mengambil keputusan mengambil gambar pada sebelah malam.Lihat saja gambar di atas,sunyi dan sepi :-)
Setelah penat berjalan seharian maka kami berehat beberapa jam di Cibo Espresso  dan berkesempatan melayari internet sambil menghirup kopi untuk mengurangkan rasa mengantuk.

Kami beredar dari Cibo Espresso setelah jam menunjukkan 12tengah malam dan pekerjanya juga sudah mula membersih kedai untuk pulang.
Sambil berjalan di tengah bandaraya ini,secara sepontan kami sempat merakamkan gambar kandid pasangan ini.


Suasana pada tengah malam tiba tiba kecoh,bising dan ada yang menjerit jerit.Baru kami sedar sudah masuk hari Ahad bersamaan 14Februari dan mereka ini begitu teruja menyambut Hari Kekasih
(Valentines Day),malah majoriti mereka ini sudah dalam keadaan mabuk.
Kami berdiri di hujung sebatang jalan yang menghadap simpang empat selama hampir 1 setengah jam dengan hanya memerhatikan gelagat muda mudi yang berseronok di malam minggu.Mereka terhoyong hayang melintas jalan tanpa memperdulikan kereta yang meluncur laju menghala ke arah mereka,dan bergaduh dalam keadaan mabuk juga dapat kami saksikan di depan mata.
Jika jam satu atau dua pagi orang lain sedang lena dibuai mimpi,tetapi kami pula merakamkan pengalaman malam minggu yang betul betul "hidup " di bandaraya ini.

Mengambil teksi pada jam 3pagi untuk pulang semula ke lapangan terbang kerana penerbangan kami seterusnya ialah ke Melbourne pada jam 6.45pagi.
Setelah selesai urusan daftar masuk bagasi,kami terus ke The Qantas Club untuk berehat sementara menunggu waktu berlepas.
Betapa segarnya apabila dapat mandi(24jam tidak mandi ,hehhhe)dan bersarapan ringan sebelum kami memasuki pesawat :-)

Penerbangan Qantas QF672 menggunakan pesawat B738 berlepas dari Adelaide ke Melbourne tepat pada waktunya iaitu 6.45pagi.
InsyaAllah beberapa hari lagi saya akan mengemaskini blog dengan coretan seterusnya mengenai Melbourne pula.
Jumpa di lain waktu :-)

20 February 2010

Selamat Hari Ulang Tahun

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Lebih 2minggu saya tidak berhenti di laman blog ini,kerana agak sibuk dan berada di luar Perth.Banyak cerita dan gambar yang ingin dikongsi ,tetapi bukan lah pada hari ini.
Tujuan saya berada di sini pada hari ini adalah untuk mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN untuk anak saudara dan abang sulung saya.

20Februari adalah hari ulang tahun anak saudara yang ke 21 tahun.
                                      Ashraff Bin Nor Ariff(Yie)

Semoga Yie belajar bersungguh sungguh sehingga ke manara gading,banggakan kedua ibu bapa,ingat asal usul kita dan yang paling penting,sentiasa ingat pada Allah s.w.t.
Acu doakan Yie cepat datang melawat acu di Perth.

Manakala sehari berikutnya,iaitu pada 21Februari adalah hari ulang tahun abang sulung saya yang ke 50tahun.
                                       Nor Ariff Bin Noordin(Along)

Gambar di atas dirakamkan setelah selesai majlis akad nikah,pernikahan saya.Along(nama panggilan keluarga)yang menjadi wali saya ketika itu.
Tidak terkira pengorbanan abang sulung,tambahan pula selepas pemergian bapa tercinta.Beliaulah yang menjadi nakhoda kapal untuk kami sekeluarga.
Saya sedih kerana tidak dapat bersama sama menyambut hari ulang tahun along,yie,dan ahli keluarga yang lain kerana setiap kali menyambut hari ulang tahun ahli keluarga,kami akan mengadakan majlis tahlil,bacaan yassin beramai ramai,majlis bertukar2 hadiah malah di situlah peluang untuk kami semua berkumpul.

Doa dan harapan saya agar Yie dan Along sentiasa diberikan kesihatan yang bagus,jadi dapatlah menjalani kerja kerja harian dengan baik dan lancar.

Saya Sayang Semua...

Yang Jauh Di Mata,Dekat Di Hati,
            ACU/ADIK
            21/02/2010

09 February 2010

Pencuci Mulut

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

Semalam selepas menikmati makan malam,hati ini terasa benar inginkan pemanis/pencuci mulut.Apabila saya membuka sahaja peti sejuk,tiba tiba datang satu idea...Ais Krim Campur :-)



Ais krim perisa coklat dan vanilla,ditabur dengan kismis serta dihiaskan dengan hirisan buah tembikai dan juga buah aprikot kering.

Itu sahaja coretan saya untuk hari ini.Jumpa lagi di lain masa. :-)

06 February 2010

IKEA Perth

                                         Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Hari Ahad

     Saya singgah semula ke laman blog kerana ingin berkongsi cerita kepada yang tidak tahu atau kurang pasti bahawa di Perth ini juga ada Ikea :-) Mungkin ada juga yang tertanya tanya bagaimana pula keadaan Ikea Perth ini.
     Secara kebetulan sebelum berkahwin masing masing saya dan suami mempunyai minat yang sama iaitu memang suka berjalan "mencuci mata"dan membeli serba sedikit peralatan,perhiasan rumah atau perkakasan dapur di Ikea.Semasa saya masih lagi tinggal di Malaysia,saya kerap mengunjungi Ikea di Mutiara Damansara malah saya juga pernah berpeluang ke Ikea Taipei,Taiwan.Suami pula kerap mengunjungi Ikea di serata Australia.
     Ikea Perth terletak di alamat 6,Sunray Drive(off Ellen Stirling Blvd),Innaloo WA 6018.Lebih kurang 15minit pemanduan dari bandaraya untuk sampai ke sini.
Sejak menetap di Perth,sudah beberapa kali juga saya berkesempatan datang ke sini dan oleh itu saya sertakan beberapa gambar yang dirakamkan sebelum masuk ke tempat meletak kereta.





Ikea di sini juga berdekatan dengan pusat membeli belah,pagung wayang serta kemudahan yang lain
tetapi memerlukan kurang 5minit masa pemanduan untuk sampai ke sana dan tidaklah sama seperti di Ikea Mutiara Damansara yang bercantum dengan Ikano dan The Curve serta berhampiran dengan Cineleisure dan Hotel Royale Bintang.
Saya tidak ada gambar yang dirakamkan di dalam Ikea Perth ini kerana tiada perbezaan pun dengan mana mana Ikea yang lain.
Perbezaan yang ketara adalah waktu urusniaga yang mungkin ada di antara anda yang akan terkejut;
Isnin-Jumaat : 9.00pagi- 6.00petang
Khamis          : 9.00pagi- 9.00malam
Sabtu             : 8.00pagi- 5.00petang
Ahad                         TUTUP

InsyaAllah dipertemuan akan datang saya akan perincikan lagi waktu urusniaga di sekitar bandaraya Perth yang agak sedikit berbeza ini.
Jumpa lagi di lain masa,jaga diri semua :-)