Wednesday, 13 February 2013

Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja dapat dilihat kemeriahannya di negara Malaysia,Singapura serta negara di Asia yang lain tetapi juga di negara-negara barat.Masuk tahun ini saya sudah berpeluang melihat sambutan Tahun Baru Cina di negara 'orang putih' selama empat tahun berturut-turut.

Selepas saya berhijrah keluar negara, melihat kaum lain (orang putih khususnya) yang teruja menyaksikan tarian singa ketika musim perayaan Tahun Baru Cina hati kecil saya berasa bangga kerana kaum cina dikenali di serata dunia.Bertambah bangga lagi saya dan suami masing-masing mempunyai nenek dan datuk yang berketurunan cina.

Di sini saya sertakan beberapa gambar yang saya rakamkan beberapa hari lalu semasa tarian singa diadakan di dalam pusat membeli belah.

Tarian singa sempena Tahun Baru Cina dapat diterima oleh penduduk tempatan sekaligus menonjolkan kehidupan harmoni pelbagai bangsa dan agama
Lihat saja telatah tiga orang anak kecil yang turut sama menari mengikut rentak gendang yang dipalu

Selesai tarian singa yang mengambil masa agak lama kerana 'singa' ini mengelilingi seluruh pusat membeli belah ini
 Barangkali masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina! :-)

1 comment: