Walaupun sudah banyak kali saya datang bercuti ke bandar Adelaide, tetapi hasrat untuk melawat ke ladang milik Maggie Beer sering dibatalkan atas faktor waktu yang tidak mengizinkan.
Hanya baru-baru ini saya dan suami berpeluang ke Nuriootpa, Australia Selatan untuk melawat ke
Maggie Beer's Farm Shop.
Maggie Beer adalah seorang tukang masak popular Australia, penulis buku, pemilik restoran dan pengeluar produk makanan. Kepakaran di dalam bidang masakan telah membuatkan Maggie Beer begitu terkenal di Australia dan telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Pada Hari Australia 2012, Maggie Beer telah dianugerahkan darjah kebesaran Member of the Order of Australia (AM) oleh HM Queen Elizabeth II.
Saya mengenali Maggie Beer sejak dari tahun pertama berhijrah ke Australia dan pertama kali melihat penampilan beliau di dalam rancangan masakan terkenal MasterChef Australia. Setiap tahun beliau pasti akan dijemput untuk menjadi tetamu juri bagi rancangan tersebut. Maggie Beer yang biasa saya lihat di kaca televisyen adalah seorang yang pemurah dengan senyuman, lemah lembut dan sifat-sifat keibuan beliau nampak dengan jelasnya.
Maggie Beer's Farm Shop
50 Pheasant Farm Rd,
Nuriootpa,
South Australia
www.maggiebeer.com.au
Pemanduan untuk ke Maggie Beer's Farm Shop dari bandar Adelaide mengambil masa kira-kira 1 jam 10 minit. |
Di hadapan pintu masuk. |
Cerita mengenai Maggie Beer. |
Gambar-gambar dan perjalanan kehidupan Maggie Beer. |
Demonstrasi masakan diadakan setiap hari pada jam 2.00 petang. |
Penjualan ais krim begitu laris sehingga kami terpaksa menunggu agak lama untuk pekerja meletakkan stok yang baharu. |
Pelbagai buku masakan, aneka sos dan jem turut dijual di sini. Para pengunjung boleh mencuba dahulu sebelum membelinya.
Ladang anggur dan kambing biri-biri turut kelihatan di sini. |
Gambar atas dan tengah : Dewan serba guna terletak bersebelahan dengan Maggie Beer's Farm Shop. Gambar bawah : Simpang yang memisahkan dewan serba guna dan Maggie Beer's Farm Shop. |
Saya membeli ais krim perisa campuran coklat hitam dan buah oren. |
Menikmati ais krim dengan melihat pemandangan yang sejuk mata memandang. |
Produk Maggie Beer seperti ais krim sering dihidangkan sebagai pencuci mulut di dalam penerbangan Qantas Airways kelas perniagaan.
No comments:
Post a Comment