Friday 22 November 2013

Melawat Ke Tugu Peringatan Presiden John F Kennedy Di Dallas, TEXAS

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hari ini, bertarikh 22hb November 2013 genaplah 50 tahun kematian bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-35 iaitu John Fitzgerald Kennedy atau nama singkatan beliau yang popular iaitu JFK.

Presiden Kennedy telah dibunuh di Dallas, Texas pada jam 12.30 minit tengah hari semasa beliau dalam rangka lawatan politik ke Texas.
Setelah ditembak sebanyak dua kali di tempat kejadian, Kennedy dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 1.00 petang.
Beliau meninggal dunia lebih muda daripada mana-mana Presiden Amerika Syarikat setakat ini iaitu pada usia 46 tahun.


John F. Kennedy Memorial Plaza


Tugu peringatan ini dibina pada tahun 1970 di Dallas, Texas sempena memperingati kematian Presiden JFK.

John F. Kennedy Memorial Plaza di Dallas, Texas.




Di atas jalan raya ini telah dipangkah dengan cat berwarna putih tanda di mana Presiden JFK telah ditembak. Dua gambar di atas adalah pangkahan pertama (tembakan pertama).

Tembakan pertama terjadi di sini.

Pangkahan kedua tandanya tembakan kali kedua yang terkena kepada Presiden JFK dan membuatkan nyawanya terkorban.

Peta rujukan di kawasan West End Historic District.
The Sixth Floor Museum di Dealey Plaza, Dallas merupakan sebuah muzium peringatan Presiden JFK.

InsyaAllah jika ada kelapangan di lain masa, saya dan suami akan kembali semula ke sini untuk melawat ke muzium The Sixth Floor Museum yang tidak sempat kami kunjungi.


No comments:

Post a Comment