Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
(DISEMBER 2011)
Kali ini pula saya dan suami membawa anak saudara merasai pengalaman berada di bangunan Parlimen bagi Negeri Victoria yang terletak di bandar Melbourne.
|
Di hadapan bangunan Parlimen yang tersergam indah. |
|
Di bahagian hadapan bangunan. |
|
Di dalam bangunan (Queens Hall). Dewan ini terletak di tengah-tengah antara dua buah dewan persidangan (Legislative Council dan Legislative Assembly). |
|
Di dalam dewan persidangan (Legislative Council). Kerusi dan permaidani di dewan ini semuanya berwarna merah dan merah jambu. |
|
Mendengar taklimat yang diberikan oleh petugas Parlimen. |
|
Kerusi dan permaidani untuk dewan persidangan ini pula berwarna hijau (Legislative Assembly). |
|
Kelebihan lawatan di Parlimen ini ialah para pelawat berpeluang mengambil gambar seberapa banyak yang boleh. |
Berbanding dengan lawatan saya sebelum ini iaitu ke Parlimen Australia Barat dan Canberra, lawatan pada kali ini agak singkat. Petugas yang membawa kami pada hari tersebut lebih banyak menceritakan mengenai tentang dewan undangan berbanding ke tempat-tempat lain di dalam bangunan.
Walau apapun, saya tetap mengambil kira lawatan ini sebagai satu pengalaman berharga.
No comments:
Post a Comment