Saturday 7 December 2013

Lawatan Ke Rumah Kerajaan Australia Barat (Rumah Rasmi Gabenor)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pada hari Ahad bertarikh 17hb November yang lalu, Gabenor negeri Australia Barat telah menganjurkan rumah terbuka khas sempena ulang tahun ke-150 Rumah Kerajaan ini (Government House)

Melalui surat khabar The West Australian, Gabenor Malcolm McCusker secara terbuka menjemput rakyat untuk hadir ke majlis tersebut.
Gabenor turut menekankan bahawa rumah yang beliau duduki sekarang adalah bukan milik beliau, ia adalah milik rakyat. Oleh kerana itulah beliau menjemput dan mengalakkan rakyat khususnya penduduk Australia Barat untuk hadir dan melihat dengan lebih dekat lagi apa yang terdapat di dalam Rumah Kerajaan yang disenaraikan sebagai rumah warisan.


Gambar atas :  Heritage Perth Inc adalah badan/organisasi bebas yang ditubuhkan untuk menggalakkan bangunan/rumah warisan di Perth dikekalkan sebagai aset sosial dan ekonomi yang penting bagi seluruh masyarakat. Lawatan ke tempat-tempat warisan ini hanya dianjurkan pada bulan November setiap tahun. Government House termasuk di dalam senarai tersebut.

Gambar bawah : Pintu masuk ke Rumah Kerajaan.


Gambar atas : Baru sahaja memasuki perkarangan Rumah Kerajaan.

Gambar dua dari atas : Pondok kawalan keselematan.

Gambar tiga dari atas : Kad Jemputan.

Gambar bawah : Risalah yang diberikan percuma mengenai Rumah Kerajaan.

Pesta makanan antarabangsa turut diadakan di dalam perkarangan Rumah Kerajaan ini. Antara negara yang mengambil tempat bagi mempromosikan makanan tradisional negara masing-masing ialah Malaysia, Vietnam, Indonesia, Afrika Selatan, Turki, Amerika Syarikat, China dan banyak lagi.




Gabenor Malcolm McCusker sedang memeriksa perbarisan kawalan kehormat. 

Gambar atas : Papan tanda Selamat Datang.

Gambar tengah : Saya berdiri di hadapan Rumah Kerajaan yang berusia 150 tahun.

Gambar bawah : Lawatan dimulakan dengan memasuki Dewan Tari Menari (The Ballroom).

His Excellency Malcolm McCusker AC CVO QC, Governor of Western Australia - 
Gabenor bersama isterinya bergambar di hadapan Rumah Kerajaan.

*Gambar sumber dari laman sesawang rasmi Government House*

Peta dan petunjuk arah jalan yang kami terima sebelum memulakan lawatan.

Gambar atas : The Ballroom -  Oleh kerana di tingkat bawah sesak dengan pengunjung dan membataskan saya untuk mengambil gambar, maka saya dan suami naik ke tingkat atas untuk merakamkan gambar keseluruhan Dewan Tari Menari tersebut.

Gambar bawah : Dewan Tari Menari yang lebih jelas kelihatan dari tingkat atas.

Dewan Tari Menari yang dilihat dari tingkat atas.

Turun semula ke tingkat bawah dan kami akan memulakan lawatan ke bahagian rumah pula.

Gambar atas : The Executive Council Room.

Gambar bawah :  The Dining Room (Bilik/ Dewan Makan).

Bilik/Dewan Makan.

Gambar atas : Bilik/Dewan makan yang luas dan besar.

Gambar tengah : Di luar bilik/dewan makan dapat dilihat gelanggang bola keranjang.

Gambar bawah : Bilik Muzik.

Bilik Muzik ini pada asalnya direka untuk perpustakaan.

Gambar atas kiri dan gambar bawah : The Drawing Room - Bilik ini digunakan untuk pelawat yang datang dalam urusan rasmi. Pemandangan luar yang menarik dapat dilihat dari sini di mana pelawat boleh melihat taman bunga dan padang utama. 
Gambar atas kanan : The Morning Room - Bilik ini 
sesuai untuk melayan satu atau dua orang tetamu pada sebelah pagi atau minum petang dan lebih kerap digunakan sebagai bilik menunggu untuk urusan rasmi. 

Gabenor duduk di bilik yang sama seperti gambar di atas (The Drawing Room).

Gambar atas kiri : Baronial Hall.

Gambar atas kanan : Lukisan gambar Rumah Kerajaan.

Gambar bawah kiri : Ruang Menerima Tetamu.

Gambar bawah kanan : Pejabat Pegawai Setiausaha.

Visitor Book - Bilik Buku Pelawat.

Pejabat Pegawai Setiausaha.

Gambar atas : Pejabat rasmi Gabenor Australia. Mendengar dari beberapa sumber, pada hari rumah terbuka itu, Gabenor masih berada di dalam pejabat ini sebelum Rumah Kerajaan dibuka untuk orang ramai pada jam 11.00 pagi.

Gambar bawah : Potret Keluarga. Gabenor Malcolm McCusker bersama isterinya, Tonya Nicole McCusker dan anak mereka Mary, serta dua anak dari perkahwinan terdahulu Tonya iaitu Nikolas dan James.

Pejabat Setiausaha Peribadi.

Pejabat Setiausaha Peribadi.

Gambar atas : The Entry Hall (Baronial Hall) - Ini adalah pintu masuk utama ke Rumah Kerajaan untuk para tetamu dalam urusan rasmi.

Gambar bawah : Lawatan berakhir sehingga di Baronial Hall

Pelbagai aktiviti untuk pengunjung khususnya kanak-kanak.

Persembahan kebudayaan.

Gambar terakhir sebelum kami mengakhiri lawatan.

Di sini saya turut kongsikan gambar-gambar semasa Ratu Elizabeth II berada Perth, Australia Barat pada bulan Oktober 2011 atas urusan rasmi dan bermalam di Rumah Kerajaan ini.

*Gambar sumber dari laman sesawang rasmi Government House*

Beberapa hari kemudian semasa saya berjalan kaki di hadapan Rumah Kerajaan, saya ternampak kenderaan rasmi Gabenor yang sedang dalam perjalanan keluar. Di dalam kereta jelas kelihatan isteri Gabenor, iaitu Mrs Tonya McCusker.





No comments:

Post a Comment