Sunday 22 December 2013

Melawat Ke Parlimen Di Canberra, Ibu Negara Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

(FEBRUARI 2011)
Saya dan suami bercuti ke ibu negara Australia iaitu Canberra selama 3 hari. Salah satu tempat menarik yang kami lawati tidak lain dan tidak bukan tentunya bangunan Parlimen.

Kami tiba di Canberra dengan pesawat Qantas Airways dari Melbourne pada waktu tengah hari. Pada lewat petang, setelah penat bersiar-siar di sekitar bandar, kami singgah di bangunan Parlimen untuk bergambar.

Bangunan Parlimen ini telah direka oleh arkitek bernama Mitchell / Giurgoladan dirasmikan pada 9 Mei 1988 oleh Ratu Elizabeth II.
Keesokan harinya kami kembali ke bangunan Parlimen ini untuk menyertai lawatan dan mengambil lebih banyak gambar. Nasib tidak menyebelahi kami pada hari tersebut kerana seharian cuaca mendung dengan awan yang tebal.

Reka bentuk bangunan ini juga ilham dari bentuk boomerang.

Bangunan Parlimen yang lama yang terletak berhadapan dengan bangunan baru.

Semasa hendak masuk ke bangunan Parlimen, semua pelawat dikehendaki malalui pemeriksaan
keselamatan sama seperti apabila kita berada di lapangan terbang.

Sejurus selepas melakukan pemeriksaan keselamatan, kami bergambar di bahagian pintu hadapan.

Lobi atau ruang legar bangunan Parlimen yang besar ini dibina dengan batu marmar. Cukup jelas terasa dinginnya apabila berada di sini.

Perdana Menteri Mongolia tiba di ruang legar bangunan Parlimen. Gambar ihsan dari laman sesawang APH.
Berjalan-jalan di sekitar dalam bangunan sebelum lawatan dimulakan.

Gambar atas : Senarai kaum wanita yang berkhidmat di dalam parlimen persekutuan ini.

Gambar bawah : Salah seorang daripada senarai wanita di atas ialah Senator Penny Wong. Wanita kelahiran Sabah, Malaysia ini berhijrah ke Australia sejak berumur 8 tahun. Beliau dilantik ke dewan Senat mewakili negeri Australia Selatan pada tahun 2002.

Gambar atas : Bendera berlumpur ini telah diambil oleh ahli Pasukan Pertahanan Awam di kawasan bencana alam  di negeri Queensland dan diserahkan kepada Julia Gillard (Perdana Menteri pada waktu itu). Beliau telah membawanya masuk ke dalam dewan rakyat sambil berucap menyampaikan salam takziah bagi mangsa banjir yang terlibat.

Gambar tengah dan bawah : The Great Hall. Dewan ini digunakan untuk majlis rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan. Selain itu, ia boleh disewa oleh orang awam contohnya untuk majlis perkahwinan dan graduasi.

Perdana Menteri Malaysia berada dalam dewan The Great Hall. Gambar ihsan dari laman sesawang APH.



Dewan Rakyat.

Presiden Amerika Syarikat hadir sebagai tetamu semasa dewan sedang bersidang.

Akhirnya saya dapat menjejakkan kaki masuk ke dewan rakyat yang biasa saya lihat di dalam kaca televisyen setiap hari.

Dewan Senat.

Gambar atas : The Members Hall terletak di tengah-tengah antara dua buah dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Senat).

Gambar bawah : Pejabat pos turut terdapat di sini.
Selain pejabat pos, di dalam bangunan ini turut terdapat kafeteria dan kedai menjual cenderamata.

Gambar atas : Masih berada di dalam kawasan parlimen (di atas bumbung bangunan). Kelihatan dari jauh bangunan Parlimen yang lama.

Gambar bawah : Plak sebagai tanda bermulanya projek pembinaan bangunan Parlimen yang baru.

Bergambar berlatar belakangkan tiang bendera yang terletak di paras bumbung bangunan.

Lawatan ke bangunan Parlimen di negeri lain di dalam Australia akan menyusul selepas ini.

No comments:

Post a Comment