Thursday 12 March 2015

Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2015

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tahniah diucapkan kepada Lapangan Terbang Changi Singapura!
Lapangan Terbang Changi Singapura sekali lagi menerima anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia. Sejak pertama kali menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Changi lebih 10 tahun lalu, saya sudah menjadikan ia sebagai lapangan terbang kegemaran saya.

Gambar dirakamkan semasa menaiki Sky Train yang menghubungan dari satu terminal ke terminal yang lain.

Sukar untuk dikira sudah berapa kali saya berada di Lapangan Terbang Changi, akan tetapi saya tidak pernah jemu mengambil gambar lapangan terbang ini baik pada waktu subuh, pagi, tengah hari, malam atau lewat tengah malam.

Saya sudah biasa dengan kesemua terminal yang terdapat di Lapangan Terbang Changi dan banyak faktor yang membuatkan saya berpuas hati dan menyukai baik dari segi keselamatan dan perkhidmatan yang diberikan justeru anugerah ini memang layak dirangkul oleh Lapangan Terbang Changi setiap tahun.

Airport Of The Year SKYTRAX 2015 /  World's Best Airport.
#ChangiAirport #Singapore #Singapura
#WorldsBestAirport #2015
#MyAllTimeFavouriteAirport
#picoftheday #airport #travelstyle #travelblog #travel #blogger #travelblogger #instatravel #instatravel

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment