Sunday 29 March 2015

Keistimewaan Center Place Di Melbourne, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Center Place terletak di antara Collins Street dan Flinders Lane merupakan lorong yang terkenal serta menjadi salah satu daya tarikan pelancong di Melbourne. Lorong ini bukan sahaja dipenuhi dengan kafe dan butik malah lebih istimewa lagi ialah 'aura' negara Eropah boleh dirasai di sini. Gambar dan pemandangan Center Place tidak pernah gagal dipaparkan di dalam mana-mana risalah pelancongan.

Tidak pernah jemu dengan Center Place, saya kerap mengambil gambar di lorong ini walaupun saya bukan pelancong. Jika anda berminat untuk singgah berehat menikmati hidangan atau minuman di Center Place, saya sarankan supaya tidak datang pada waktu puncak iaitu pada waktu sarapan pagi dan makan tengah hari.

Pintu gerbang Center Place dari arah Flinders Lane.

Center Place dari arah Collins Street menghala ke Flinders Lane.

Graffiti juga menjadi keistimewaan kepada Center Place.

Pemuzik jalanan yang sedang menghiburkan pengunjung.

Seni memang tidak dapat dipisahkan dengan bandar Melbourne.

Kesibukan Center Place pada waktu puncak.

Satu lagi lorong kecil yang terdapat di Center Place. Seperti yang saya katakan sebelum ini, graffiti juga  cukup terkenal di sini.

Balkoni apartmen yang saya rakamkan dari sebuah kafe di Center Place.


Center Place turut menjadi pilihan jurugambar suratkhabar Herald Sun Australia bagi melengkapkan artikel mengenai kerjaya suami saya. Artikel ini telah disiarkan di muka hadapan surat khabar Herald Sun dan beberapa muka surat lagi di bahagian dalamnya pada bulan Julai 2011.

Gambar terbaru saya di Center Place. Ia dirakamkan pada Disember 2014 sebelum saya kembali semula ke Amerika Syarikat.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


8 comments:

  1. masa saya pergi melben tahun lepas, kawan saya pun bawak kami makan dekat sini. memang best ambiance dia, boleh people wathing while eating kan. kami makan dekat satu restoran called Seasalt and it served quite good fish and chips :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzuchan : Bestkan. Saya dgn husband pun memang suka people watching ni tak kira di mana kami lepak. Hihi. Saya pun pernah sekali makan dekat tempat yg sama. :) By the way kedai tu bukan Center Place, itu dah ke depan sikit (Degraves St). :)

      Delete
  2. Salam, sy sgt mengikuti perkembangan blog akk. tmpt yg menarik, pemandangan yg indah. dan sy berhajat untuk melawat tmpt yg sma juga nnt. sy ada cadangan, boleh x akk letak stiap harga buget bg setiap tmpt yg akk lawati. harap bole jd panduan utk sy kelak. tq

    nnb2686@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Shery, maaf ganggu. Ada terima tak email saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinta Emas : Saya dapat email tu dan baru balas few days ago. Sorry sebab lama menyepi. Saya busy sgt :)

      Delete
  4. assalamualaikum shery..maaf ganggu. saya nak pegi sydney and melbourne next week. boleh tak cadangkn pakain yg sesuai tuk musim autumn dan tempat makan di victoria melbourne.

    terima kasih :)
    habibah@toyo-eng.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.
      Ribuan minta maaf kerana saya terlepas pandang komen ni. Maaf sangat2. Saya dahh beralih ke new website, www.sheryonthemove.com. Jumpa di sana ye :)

      Delete