Friday 22 May 2015

Crawley Edge Boatshed - Perth, Australia Barat.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Gambar semasa saya berada di Crawley Edge Boatshed (seperti di bawah) saya rakamkan pada tahun lalu. Hampir terlupa untuk saya kongsikan di sini sehinggalah pada beberapa hari lalu rakan saya ada bercerita mengenainya.

Crawley Edge Boatshed merupakan salah satu ikon di Perth, Australia Barat. Pemandangan ini biasa dilihat di poster, poskad dan majalah di Australia. Lokasi ini baru sahaja mencuri perhatian pelancong walaupun sebenarnya ia adalah lokasi yang sering menjadi tumpuan jurugambar tempatan untuk mengabadikan kenangan pasangan pengantin sejak bertahun lamanya.


Crawley Edge Boatshed.

Gambar ini saya rakamkan semata-mata untuk menyertai pertandingan pelancongan yang dianjurkan oleh Qantas Airways dengan kerjasama Pelancongan Australia Barat pada tahun lalu. Konsep yang disarankan ialah dengan mengikut cara jurugambar terkenal dunia Murad Osman iaitu berpegangan tangan seolah-olah membawa seseorang ke destinasi pelancongan yang terkenal. Selain gambar, cerita ringkas dan hashtag #followmetoWA perlu disertakan bersama. Untuk maklumat anda Qantas telah mendapat kebenaran dari Murad Osman dalam meniru gaya terkenal beliau.

Ikon Perth ini pernah mendapat tempat di muka hadapan majalah bulanan Qantas Airways pada Jun 2013.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


2 comments:

  1. Hi @sharery

    Nak bertanya tips. Saya plan nak ke blue boat shed ni ketika saya travel ke Perth next month. Sekiranya saya ke sana dengan driving sendiri, di manakah area yang paling sesuai untuk saya parking sekejap with minimal walking to the site? Thanks in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naddea : Opposite Crawley Edge Boatshed ada kawasan perumahan. You boleh parking sekejap tapi make sure tengok betul sign board ye jgn letak kereta tempat yg tak dibenarkan.

      Delete