29 March 2015

Keistimewaan Center Place Di Melbourne, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Center Place terletak di antara Collins Street dan Flinders Lane merupakan lorong yang terkenal serta menjadi salah satu daya tarikan pelancong di Melbourne. Lorong ini bukan sahaja dipenuhi dengan kafe dan butik malah lebih istimewa lagi ialah 'aura' negara Eropah boleh dirasai di sini. Gambar dan pemandangan Center Place tidak pernah gagal dipaparkan di dalam mana-mana risalah pelancongan.

Tidak pernah jemu dengan Center Place, saya kerap mengambil gambar di lorong ini walaupun saya bukan pelancong. Jika anda berminat untuk singgah berehat menikmati hidangan atau minuman di Center Place, saya sarankan supaya tidak datang pada waktu puncak iaitu pada waktu sarapan pagi dan makan tengah hari.

Pintu gerbang Center Place dari arah Flinders Lane.

Center Place dari arah Collins Street menghala ke Flinders Lane.

Graffiti juga menjadi keistimewaan kepada Center Place.

Pemuzik jalanan yang sedang menghiburkan pengunjung.

Seni memang tidak dapat dipisahkan dengan bandar Melbourne.

Kesibukan Center Place pada waktu puncak.

Satu lagi lorong kecil yang terdapat di Center Place. Seperti yang saya katakan sebelum ini, graffiti juga  cukup terkenal di sini.

Balkoni apartmen yang saya rakamkan dari sebuah kafe di Center Place.

Center Place turut menjadi pilihan jurugambar suratkhabar Herald Sun Australia bagi melengkapkan artikel mengenai kerjaya suami saya. Artikel ini telah disiarkan di muka hadapan surat khabar Herald Sun dan beberapa muka surat lagi di bahagian dalamnya pada bulan Julai 2011.

Gambar terbaru saya di Center Place. Ia dirakamkan pada Disember 2014 sebelum saya kembali semula ke Amerika Syarikat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

24 March 2015

Schnapper Point - Mornington, Victoria, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jarak antara Melbourne dengan Mornington dianggarkan lebih kurang 55 kilometer.

Bandar Melbourne jelas dapat di lihat dari Schnapper Point, Mornington.

#schnapperpoint #mornington  #victoria #morningtonpeninsula #australia

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

20 March 2015

Pameran Mambo Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tempat : NGV Studio -  Melburne, Australia
Tarikh   :  6 Disember 2014 - 22 Februari 2015
Mambo 30 Years of Shelf Indulgence

Mambo ialah jenama pakaian yang dianggap sebagai salah satu jenama yang paling terkenal di Australia. Mambo merupakan ikon kepada negara dan sinonim dengan karya seni gaya komik. Unsur jenaka di dalam setiap karya kebanyakannya memaparkan tentang Australia.

Pameran ini diadakan bersempena ulang tahun Mambo yang ke 30. Saya 'ditarik' oleh suami untuk hadir ke pameran ini kerana beliau adalah peminat setia Mambo sejak kecil lagi. Antara barangan Mambo yang masih disimpan oleh suami sehingga sekarang ialah beg sekolah.

Komik yang disampaikan adalah sangat ringkas. Tidak perlu ayat panjang berjela, cukup sekadar gambar dan beberapa perkataan ia bakal membuatkan orang ketawa. Buktinya ialah, reaksi ketawa seorang diri oleh para pengunjung baik tua atau muda dapat saya lihat di dalam bilik pameran. Mungkin sesetengah orang tidak memahami gaya jenaka Mambo kerana ada kalanya ia sedikit tersirat. Ia lebih dekat atau difahami oleh penduduk dan rakyat Australia seperti saya dan suami.

Semoga anda terhibur dengan gambar-gambar di bawah ini.

#mambo #melbourne #australia

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

17 March 2015

Qantas B747 Di Albert Park Sempena Formula 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Jika anda mengikuti entri saya yang sebelum ini,
(Bahagian 1)
http://sharery.blogspot.com.au/2015/03/2011-f1-qantas-australian-grand-prix-di.html
(Bahagian 2)
http://sharery.blogspot.com.au/2015/03/2011-f1-qantas-australian-grand-prix-di_15.html

anda pasti tahu yang saya hadir ke Albert Park bagi menyaksikan perlumbaan F1 pada sesi ujian masa. Hari terakhir perlumbaan saya berada di rumah dan menyaksikan siaran secara langsung di televisyen sahaja.

Walau bagaimanpun, saya berpeluang melihat dari dekat kapal terbang Qantas B747 membuat penerbangan rendah di litar lumba di Albert Park dan kawasan sekitarnya (South Melbourne & Port Melbourne). Sementelah kamera saya sentiasa bersedia untuk saya menggunakannya, maka tanpa berlengah keluar dan mengambil seberapa banyak gambar dari balkoni apartmen.

Pada tahun 2011, Qantas merupakan penaja rasmi untuk perlumbaan F1 di Melbourne (2011 F1 Qantas Australian Grand Prix Di Melbourne, Australia).

#Qantas #B747
#F1 #AlbertPark #Melbourne #Australia

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

15 March 2015

2011 F1 Qantas Australian Grand Prix Di Melbourne, Australia - Bahagian 2

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri ini adalah sambungan dari bahagian 1. Untuk cerita penuh dan melihat gambar-gambar lain sila klik di sini ; http://www.sharery.blogspot.com.au/2015/03/2011-f1-qantas-australian-grand-prix-di.html

Percuma tali penggantung (berwarna kelabu) dengan setiap pembelian tiket. Manakala dua tali penggantung istimewa edisi terhad berwarna hitam saya beli di kedai cenderahati.

Cerita mengenai 2011 F1 Qantas Australian Grand Prix tidak habis di sini. Nantikan entri seterusnya di mana saya akan berkongsi bersama anda gambar-gambar pada hari terakhir perlumbaan.