Sunday, 10 April 2016

Perkampungan Asal Kartun Popeye - Bahagian 2

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Untuk mengetahui cerita penuh, anda perlu membaca artikel dari bahagian 1;
http://www.sharery.blogspot.com.au/2016/04/perkampungan-asal-kartun-popeye.html?m=1

Kami menyambung aktiviti seterusnya iaitu misi menjejaki Popeye dan rakan-rakan melalui jejak yang telah disediakan (Popeye Character Trail). Dengan bantuan dari peta yang diperolehi dari Muzium Popeye, kami berjaya menjejaki 10 buah patung batu dari watak rancangan kartun Popeye yang diletakkan di sekitar Chester. Patung-patung ini dibina secara berperingkat bermula dari tahun 1977 sehingga tahun 2014.


Di dalam perjalanan untuk ke patung yang pertama.

Patung pertama ialah 'Popeye' yang terletak berhampiran dengan jambatan Chester (Chester Bridge).

Patung ini dibina pada tahun 1977.

Patung kedua ialah watak 'Wimpy' yang diletakkan di Gazebo Park. Ia dibina pada tahun 2006.

Hampir menuju ke patung yang ketiga yang diletakkan berhampiran dengan bangunan mahkamah (Randolph County Court House).

Patung dari watak 'Olive, Swee' Pea dan Jeep' dibina pada tahun 2007.

Buena Vista Bank.

Patung dari watak 'Bluto' dibina pada tahun 2008 dan diletakkan di Buena Vista Bank.

Gambar kiri : Patung watak 'Castor Oyl' dan 'Whiffle Hen' dibina pada tahun 2009 dan diletakkan di Memorial Hospital.

Gambar kanan : Patung 'Sea Hag' dan 'Bernard' dibina pada tahun 2010 dan diletakkan berhampiran pasaraya Walmart.

Patung watak 'Cole Oyl' dibina pada tahun 2011 dan diletakkan di perpustakaan (Chester Public Library).

Patung 'Alice The Goon' diletakkan di Chester Center pada tahun 2012.

Watak ke sembilan, 'Poopdeck Pappy' dibina pada tahun 2013 di Cohen Complex.

Patung terakhir iaitu yang ke sepuluh dibina di Chester High School pada tahun 2014. Ia adalah patung dari watak 'Prof. Watasnozzle'.

Sebanyak enam lagi patung akan dibina dan ia bakal berakhir pada tahun 2020. Sebelum kedatangan saya ke Chester, saya tidak pernah menyangka atau terfikir yang saya akan berada di tempat kelahiran pencipta kartun Popeye malah watak itu sendiri benar-benar wujud dan beliau memang berasal di sini. Tentunya saya berasa amat gembira dan bertuah kerana berpeluang datang ke Chester.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment