Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Sebab utama muzium motosikal Harley Davidson berlokasi di Milwaukee, Wisconsin adalah kerana di sini bertempatnya ibu pejabat dunia (HQ) Harley Davidson dan juga merupakan tempat kelahiran serta bermulanya industri permotoran Harley Davidson sejak dari 100 tahun yang lalu. Dirasmikan pada tahun 2008. muzium ini mempamerkan sebanyak 450 buah motosikal termasuk motosikal tertua dari koleksi Harley Davidson. Berhadapan dengan muzium pula terletaknya bar, restoran dan kedai cenderamata.
Setelah membuat perkiraan, kami tidak cukup masa untuk masuk ke muzium kerana mempunyai urusan lain dan perlu pulang ke Chicago dengan segera. Mengambil gambar pemandangan di sekitar perkarangan dan dapat membeli sedikit cenderamata sudah memadai bagi kami buat masa ini.
|
Muzium Harley Davidson di Milwaukee, Wisconsin. |
|
Bangunan kiri ialah muzium manakala bangunan di sebelah kanan terletaknya bar, restoran dan kedai cenderemata. 1903 bermaksud bermulanya atau lahirnya industri permotoran Harley Davidson. |
|
Pintu masuk muzium. |
|
Pemandangan persekitaran. Sungai ini diberi nama Menomonee River. |
|
Kedai cenderemata. |
|
Semoga satu hari nanti kami mempunyai peluang dan masa untuk masuk ke muzium ini. |
Maklumat lanjut mengenai muzium ini boleh diprolehi melalui laman sesawang di bawah;
http://www.harley-davidson.com/content/h-d/en_US/home/museum.html
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
Alhamdulliah seronok muda muda dah travel banyak tempat
ReplyDeleteSalam Kak. Ribuan maaf kerana lambat reply. Terima kasih kerana sudi follow blog saya. Alhamdulilah dengan rezeki yang Allah berikan.
DeleteSaya sudah beralih ke new website, jgn lupa visit ye. :) www.sheryonthemove.com