Wednesday 30 March 2016

Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Milwaukee adalah bandar terbesar di negeri Wisconsin dengan kepadatan penduduk lebih kurang
599 642 orang (dikira sehingga tahun 2015). Kunjungan saya dan suami ke negeri ini adalah singkat dan pada sebelah pagi kami sudah singgah ke Madison yang juga merupakan ibu negeri bagi Wisconsin.

Tidak banyak yang ingin saya perkatakan di dalam entri kali ini kecuali berkongsi gambar-gambar bersama para pembaca. Melalui lawatan singkat ini saya hanya berminat menumpukan perhatian untuk mengambil gambar bangunan-bangunan lama.

Cuaca pada awal musim bunga sememangnya tiada perubahan ketara kerana ia masih sejuk serta mendung dan adakalanya salji masih turun di sesetengah tempat. Seperti gambar-gambar di bawah anda dapat lihat cuaca yang mendung walaupun sebenarnya kami tiba di Milwaukee pada waktu tengah hari.



























Salah satu sebab saya dan suami membuat keputusan untuk memendekkan lagi lawatan di pusat bandar Milwaukee adalah kerana kami berasa bandar ini tidak 'mesra pelancong' seperti bandar-bandar lain yang pernah kami lawati. Penduduk tempatan (barangkali mereka yang tidak mempunyai rumah dan bekerja) melihat dan memerhatikan kami kami seolah-olah kami bakal menjadi 'mangsa' mereka. Justeru itu saya hanya mengambil gambar secepat yang boleh dengan hanya menggunakan telefon tangan.

Bagi mereka yang mempunyai perancangan untuk bercuti di Milwaukee, saya berharap anda mengambil langkah keselematan yang lebih dari biasa. Jika tidak mempunyai urusan penting, saya sarankan anda cuba elakkan dari singgah di sini (bahagian pusat bandar).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram blog_th2010.






No comments:

Post a Comment