Wednesday, 9 March 2016

Restoran 2 Fat Indians - Mount Lawley, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Restoran 2 Fat Indians kerap mendapat anugerah sebagai Restoran India Terbaik di Perth. Tujuan saya dan suami datang ke sini pada lima bulan lalu adalah ingin menilai sendiri kehebatan restoran yang terkenal sehinggakan ahli kumpulan rock lagenda antarabangsa iaitu Rolling Stones turut menikmati makan malam di sini. Dimaklumkan bahawa restoran 2 Fat Indians tidak mempunyai sijil halal bagi penyembelihan daging tetapi juga tidak menghidangkan daging terlarang (babi). Seperti juga restoran India yang lain, menu yang ditawarkan di sini adalah seperti daging kambing, ayam, makanan laut dan sayur-sayuran. 2 Fat Indians turut mempunyai sebuah lagi cawangan yang terletak di Cottesloe.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak banyak gambar yang saya ingin kongsikan. Keadaan lampu malap di dalam restoran membuatkan gambar-gambar yang saya rakamkan adalah tidak memuaskan.


Beberapa keping papadom diberikan sebagai pembuka selera.


Semua hidangan yang dipesan adalah makanan laut dan sayuran seperti (mengikut arah putaran jam), roti nan bawang putih, nasi, kari udang (crayfish), cendawan berkeju dan ketam lembut bercili (softshell crab).

Roti nan dan nasi rasanya sama sahaja seperti di restoran lain tetapi hidangan yang 'menyengat' ialah cendawan berkeju, kari udang dan ketam lembut bercili. 2 Fat Indians memang terbaik!

Artikel di bawah adalah mengenai ahli kumpulan Rolling Stones yang berkunjung ke 2 Fat Indians pada dua tahun lalu semasa mengadakan konsert di Perth.
http://www.perthnow.com.au/entertainment/confidential/rolling-stones-drummer-charlie-watts-takes-waca-museum-tour-then-its-dinner-at-mt-lawleys-2-fat-indians-restaurant/news-story/2506d184b7e1c2a855262103b287bdcb?nk=5a5854587db75df583b1abf0a977e95e-1456910927


2 Fat Indians
524, Beaufort St,
Mount Lawley
WA 6003


http://www.twofatindians.com.au/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment