Monday, 7 March 2016

Restoran Bua Siam - Langford, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya mempunyai minat di dalam bidang fotografi sejak begitu lama sekali. Selain gambar pemandangan yang biasa saya kongsikan bersama pembaca, saya juga gemar mengambil gambar apa sahaja yang menarik perhatian saya. Sebelum wujudnya telefon pintar, laman sosial seperti Myspace, Friendster dan Facebook, saya sudah mula minat merakamkan gambar makanan. Melalui minat yang sedia ada, lebih kurang enam tahun lalu saya mempunyai beberapa laman sesawang yang mempromosikan restoran dan makanan halal di Australia terutamanya di bandar-bandar besar seperti Perth, Sydney, Mebourne, Adelaide dan Brisbane. Sambutan dari pembaca dan juga pemilik restoran halal amat baik malangya laman itu tidak kekal lama kerana telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya belum mempunyai perancangan untuk mengaktifkan kembali laman tersebut kerana saya perlu mulakan dari bawah dan ia memerlukan komitmen yang tinggi. Komitmen yang dimaksudkan ialah saya tidak mempunyai waktu yang cukup.

Justeru untuk tidak menghampakan para pembaca, di sini saya akan memberikan maklumat mengenai restoran dan makanan halal di Australia dari semasa ke semasa , InsyaAllah.

Bua Siam adalah sebuah restoran Thailand yang terletak kira-kira 15 km dari bandar Perth. Melalui ulasan dan maklum balas dari pelanggan yang saya perolehi, Bua Siam merupakan salah satu restoran yang menyajikan makanan dari Thailand yang begitu sedap di Perth. Bukan sahaja pemilik dan tukang masaknya berasal dari Thailand, malah para pelanggannya juga ramai yang berbangsa Siam.


Bunga orkid yang tidak dapat dipisahkan dengan negara Thailand.


Gambar kiri : Tom Yum.

Gambar kanan : Sayur campur bersama kacang gajus.


Gambar kiri : Ikan masak masam manis.

Gambar kanan : Tiga hidangna yang saya pesan termasuk nasi putih sudah cukup mengenyangkan.

Bua Siam
Langford Village Shopping Centre,
19B, Langford
WA 6147

Waktu Perniagaan : 5:00 petang - 10:00 malam

http://www.buasiam.com.au/


*Sijil Halal di letakkan di hadapan pintu masuk.*


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment