Wednesday 9 March 2016

Bali Modern Cuisine - Bentley, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bali Cuisine telah menjalankan perniagaan di Bentley sejak tahun 2003. Jarak restoran ini dengan bandar Perth adalah lebih kurang 10 km sahaja.


Di bahagaian pintu masuk.


Ruang restoran yang besar ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati makan malam bersama keluarga.


Gambar kiri : Es campur.

Gambar kanan : Es cendol.


Gambar kiri : Tauhu telur bersama kuah kacang.

Gambar kanan : Ayam bakar dan ayam penyet yang dihidangkan dengan nasi putih.

Walaupun hidangannya agak sedap, tetapi agak menghampakan kerana ayam penyet tidak seperti yang dijangkakan. Ia seperti ayam goreng biasa yang diletakkan sambal malah tiada hiasan sayur-sayuran. Saya masih menggalakkan kepada sesiapa untuk datang mencubanya kerana selera dan tahap kepuasan individu adalah berbeza.

Bali Modern Cuisine
4/1163, Albany Highway,
WA 6102


Facebook : Bali Modern Cuisine
http://www.osh5one.webs.com/

*Sijil Halal diletakkan di kaunter pembayaran*


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



No comments:

Post a Comment