Saturday 5 March 2016

Mee Kari Terkenal Di Ipoh

Assalamualaikum wh.t dan Salam Sejahtera

Mee Daud Mat Jasak/Mee Kari Mat Jasak/Mee Kicap Mat Jasak tidak perlu lagi diperkenalkan kepada warga Ipoh. Perniagaanya telah bermula kira-kira 44 tahun yang lalu. Keisitmewaan kedai Mee Daud Mat Jasak tentunya mee/kuey tiaw kari serta mee kicap yang turut dihidangkan bersama sup bebola ikan. Dimaklumkan bahawa ramai juga pelanggan di luar negeri Perak yang datang semata-mata untk menikmati mee kari terkenal di bandar Ipoh ini. Saya sendiri sudah mula menjadi pelanggan sejak dari bangku sekolah lagi.


Mee Daud Mat Jasak.


Perlu diingatkan bahawa kedai ini bersaiz kecil dan meja serta kerusi adalah terhad. Jika pelanggan terlalu ramai. (terutamanya hujung minggu) anda mungkin perlu menanti giliran di bahagian luar terlebih dahulu.


Gambar kiri : Kaunter penyediaan makanan.

Gambar kanan : Saya memesan kuey tiaw kicap yang dicampur dengan kuah kari.


Mee Daud Mat Jasak
No 1 & 2, 

Jalan Datuk Onn Jaafar,
30300, Ipoh,
Perak


Waktu Perniagaan : Isnin hingga Ahad dari 9:30 pagi hingga 5:30 petang.


Kepada mereka yang masih belum pernah mencubanya, saya galakkan anda untuk datang dan bawalah bersama rakan atau ahli keluarga yang lain. Artikel mengenai kedai Mee Daud Mat Jasak serta sejarah perniagaannya telah disiarkan di akhbar Kosmo pada tahun 2014.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



No comments:

Post a Comment