Wednesday 23 March 2016

Caterpillar Visitors Center - (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri ini adalah bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/03/caterpillar-visitor-center-bahagian-1.html


Peta ini menandakan Caterpillar berada hampir di seluruh negara di serata dunia termasuk Australia.






Mini muzium ini bakal berakhir ke bahagian pameran jentolak dan trak gergasi.


Walaupun trak gergasi yang dipamerkan ini adalah tiruan tetapi ia mempunyai saiz dan ketinggian yang sebenar dan sama seperti digunakan di luar iaitu setinggi dua tingkat setengah bangunan. Di dalam trak contoh ini terdapat panggung wayang mini di mana pelawat dialu-alukan untuk menonton video pengenalan syarikat sebelum memulakan lawatan seterusnya.




Beberapa tahun lalu suami saya dijemput khas oleh Caterpillar untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau di dalam bidang penerbangan bagi menjayakan projek trak perlombongan gergasi yang direka khas menggunakan teknologi terkini dan canggih iaitu trak tanpa pemandu dan dikendalikan oleh robot (AHS). Seperti yang diceritakan di dalam bahagian pertama, trak gergasi tanpa pemandu yang dimiliki oleh Komatsu adalah yang pertama di dunia telah diguna pakai di Australia Barat sejak dari tahun 2008.


Trak perlombongan gergasi tanpa pemandu Caterpillar adalah kedua dicipta selepas Komatsu.


Suami bergambar bersama salah satu projek yang berjaya dikendalikannya. Saya sebagai isteri berasa amat gembira dan berbangga di atas kejayaan demi kejayaan serta berita mengenai suami dan projek-projek tersebut dipaparkan di dalam surat khabar, majalah, televisyen di Australia dan antarabangsa seperti NHK (Jepun) dan CNBC (Amerika Syarikat).

Satu fakta yang mungkin bakal mengenjutkan anda ialah tentang berat trak perlombongan gergasi ini. Berat bersih termasuk bahan muatan trak perlombongan 797F ialah 623690.0 kg bersamaan 623.6 tan. Manakala berat kapal terbang penumpang terbesar dunia A380 ialah 577 tan. Begitu juga dengan trak perlombongan Komatsu yang juga lebih berat daripada A380.


Gambar kiri : Dua orang petugas Caterpillar Visitors Center dan pelawat begitu tekun mendengar mengenai trak AHS yang diceritakan oleh suami.

Gambar kanan : Antara jentera lain yang dipamerkan.


Beberapa buah simulator jentolak disediakan khas untuk pelawat. Ia boleh digunakan kepada semua peringkat umur.





Gambar kiri : Jentolak bersaiz sebenar.

Gambar kanan : Simulator.




Bergambar di hadapan poster yang menghiasi salah satu dinding bangunan.

Kunjungan saya ke Peoria, Illinois bukanlah yang pertama atau kedua, tetapi kunjungan paling baharu dan berpeluang melawat ke Caterpillar Visitors Center adalah yang paling bermakna buat diri saya. Terima kasih kepada Caterpillar kerana memberikan saya banyak ilmu pengetahun bukan sahaja tentang syarikat tetapi juga tentang sejarah Peoria dan Amerika Syarikat secara keseluruhannya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



3 comments:

  1. menarik.. xpernah tgk trak yg sebegitu besar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sima : Tak pernah tengok sebab takde di Malaysia atau di Asia khususnya. Hehhe :)

      Delete