Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Caterpillar (CAT), jenama yang tidak asing lagi bagi pengeluaran jentera serta jentolak perlombongan, pembinaan dan pertanian. Sebelum ini saya pernah menyiarkan entri mengenai ibu pejabat dunia
(world HQ) Caterpillar yang terletak di Peoria, Illinois, Amerika Syarikat. Pada kali ini pula saya ingin berkongsi bersama anda gambar-gambar dan pengalaman semasa lawatan saya ke Pusat Pelawat Caterpillar yang lokasinya tidak jauh dari ibu pejabat dunia tersebut.
Caterpillar Visitors Center (CVC) dibuka untuk pelawat dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang setiap kecuali hari Ahad dan cuti umum. Di dalam satu kawasan yang besar, mini muzium ini memberi peluang kepada pelawat untuk mempelajari tentang sejarah syarikat, mendapatkan maklumat mengenai teknologi terkini serta dapat melihat dengan lebih dekat jentera dan jentolak gergasi yang dipamerkan.
|
Caterpillar Visitors Center, Peoria, Illinois. |
|
Pintu masuk utama. |
|
Di bahagian lobi. |
|
Kaunter tiket dan kedai cenderamata terletak di sebelah kanan pintu masuk utama. |
|
Kedai cenderamata Caterpillar. |
|
Trak gergasi Caterpillar 797F yang ketinggiannya menyamai dua tingkat setengah bangunan. Anda boleh melihat trak ini dengan lebih dekat melalui menonton klip video di bawah. |
|
Sejarah Caterpillar diceritakan menerusi gambar-gambar yang dipamerkan kepada pelawat bermula dari terciptanya nama 'Caterpillar' itu sendiri sehinggalah ke kejayaan terkini. |
|
Jentera awal milik Caterpillar. |
|
Jentera lama. |
|
Perkembangan syarikat dan kejayaan Caterpillar di seluruh dunia turut diceritakan di sini. |
|
Maklumat mengenai teknologi kejuruteraan. |
|
Trak gergasi Caterpillar seperti gambar di atas bukan sahaja boleh bergerak dengan menggunakan pemandu tetapi ia boleh berfungsi dengan baik tanpa pemandu (driverless). Ia merupakan salah satu teknologi canggih dan terkini yang bukan semua individu atau syarikat pengeluar jentera yang dapat menghasilkannya. Walau bagaimanapun Caterpillar bukanlah pengeluar pertama yang melancarkan trak tanpa pemandu. Yang pertama di dunia sudah diguna pakai di Australia Barat sejak dari tahun 2008 hasil dari syarikat pengeluar terkenal Jepun iaitu Komatsu. |
Apakah perasaan suami saya apabila melihat trak tanpa pemandu yang sudah berkembang teknologinya di beberapa negara besar seperti Australia dan Amerika Syarikat? Untuk mengetahui mengapa saya mengetengahkan soalan ini, sila dapatkan jawapannya di dalam entri bahagian 2 yang akan disiarkan tidak lama lagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment