Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
McDonald's Australia telah melancarkan cara baharu yang istimewa untuk pelanggan memesan makanan. Create Your Taste dilancarkan pada penghujung tahun 2014 di mana konsepnya ialah memesan makanan dan membuat pembayaran melalui papan sentuh elektronik. Pelanggan boleh memilih burger, minuman serta makanan sampingan lain mengikut citarasa sendiri. Selepas hidangan siap dimasak, pelayan akan membawa hidangan tersebut terus ke meja pelanggan.
|
Dua set hidangan burger 'Create Your Taste'. |
Gambar di atas dirakamkan semasa kunjungan saya dan suami ke salah sebuah McDonald's halal yang terdapat di Australia Barat pada tahun lalu. Untuk maklumat tambahan, di Australia secara keseluruhannya banyak restoran makanan segera halal (KFC, McDonald's, Hungry Jack's) tetapi majoriti lokasinya adalah di kawasan perumahan dan jauh dari pusat bandar.
|
McDonald's cawangan Mirrabooka, Australia Barat. |
|
Sijil halal jelas dipamerkan untuk pelanggan. |
|
Papan sentuh elektronik untuk memesan makanan serta minuman. |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
wow..thks for info
ReplyDeletezila@akulovetravel : No problem
Delete