Tuesday 23 May 2017

Seligman, Arizona (Route 66) - Bahagian 1

Salam Sejahtera.

Seligman ialah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Arizona. Tumpuan utama pengunjung yang datang ke Seligman tentunya kerana ingin melihat peninggalan sejarah Route 66. Kebiasaannya mereka yang berkunjung ke Seligman sedang dalam perjalanan menuju atau pulang dari Taman Negara Grand Canyon. Jarak antara Seligman dan Grand Canyon ialah lebih kurang 156 kilometer dan jarak antara Seligman dan Las Vegas ialah lebih kurang 283 kilometer.

Walaupun saya dan suami telah banyak melawat ke pekan-pekan lama di Route 66, namun Seligman merupakan kunjungan kami yang pertama kali. Masih banyak lagi perniagaan yang beroperasi di sini sekaligus ia membuatkan Seligman nampak 'ceria' menerima para pengunjung.
Artikel ini akan bersambung ke bahagian dua.



Ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010 dan You Tube dengan nama akaun Shery NN.

No comments:

Post a Comment