Friday 2 June 2017

Flagstaff, Arizona (Route 66)

Flagstaff ialah bandar yang terletak di utara negeri Arizona. Dengan ketinggian 7000 kaki, bandar ini dikelilingi dengan gunung-ganang yang begitu indah pemandangannya. Memang tidak dapat disangkal tentang keindahan Flagstaff kerana saya dan suami pernah datang ke sini pada musim yang berbeza-beza. Setiap kali memandu di lebuh raya I-40 dari dari New Mexico ke Nevada, kami pasti akan menempuh bandar Flagstaff. Selain Route 66, Flagstaff menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk melakukan pelbagai aktiviti luaran tidak kira apa musim sekalipun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi seperti di bawah.
http://www.flagstaffarizona.org/things-to-do/
Untuk melihat artikel terdahulu, sila gunakan kata kunci Flagstaff di ruang pencarian (search) di bahagian atas kanan laman blog saya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010 dan akaun You Tube, Shery NN.

No comments:

Post a Comment