Thursday 15 June 2017

Pemanduan Dari Las Vegas Ke Farmington, New Mexico

Pemanduan dari Las Vegas Ke Farmington dan sebaliknya adalah laluan yang kerap saya dan suami gunakan sepanjang tinggal di Farmington pada lima tahun lalu. Perbezaan pemanduan kali ini ialah lebih panjang dari biasa kerana kami tidak mengejar masa dan berpeluang menjelajah ke tiga buah bandar Route 66 yang belum pernah dilawati serta mengulangi lawatan ke Grand Canyon, Willimas dan Flagstaff.

Gambar-gambar yang dikongsikan di sini tidak banyak kerana artikel mengenainya telah pun disiarkan kepada beberapa bahagian.

Seligman Bahagian 1
http://sharery.blogspot.com/2017/05/seligman-arizona-route-66-bahagian-1.html?q=seligman
Seligman Bahagian 2
http://sharery.blogspot.com/2017/05/seligman-arizona-route-66-bahagian-2.html?q=seligman
Williams
http://sharery.blogspot.com2017/05/williams-arizona-route-66-bahagian-3.html
Flagstaff
http://sharery.blogspot.com.au/2017/06/flagstaff-arizona-route-66.html?q=flagstaff
Winslow
http://sharery.blogspot.com/2017/06/winslow-arizona-route-66.html?q=winslow
Holbrook
http://sharery.blogspot.com/2017/06/holbrook-arizona-route-66.html?m=1




Perjalanan bermula dari Las Vegas pada jam 7:00 pagi dan tiba di Farmington sekitar jam 10:30 malam. Jumlah masa pemanduan keseluruhan termasuk berhenti di beberapa tempat ialah 15 jam dan 30 minit. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, berhenti untuk makan bukanlah satu agenda penting semasa kami melakukan kembara berkereta. Kami hanya bersarapan pagi di hotel di Las Vegas kemudian hanya mengalas perut dengan makanan ringan di dalam kereta. Tiba di Farmington sudah agak lewat membuatkan kami hanya makan tengah hari keesokanya di Durango, Colorado.

Ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010 dan langgani (subscribe) saluran You Tube, Shery NN.



No comments:

Post a Comment