Sunday 11 June 2017

Holbrook, Arizona (Route 66)

Holbrook, Arizona terletak di antara Winslow dan sempadan negeri New Mexico. Jarak pemanduan yang diambil dari Winslow ke Holbrook ialah lebih kurang 30 minit sahaja. Sepanjang pemerhatian saya, Holbrook lebih 'ceria' berbanding Winslow. Ia dapat dilihat di sepanjang jalan raya yang mempunyai banyak papan tanda dari kedai-kedai yang masih menjalankan perniagaan ataupun sudah tidak beroperasi.

Ikon utama Holbrook ialah Wigwam Motel yang terletak di Hopi Dr. Ia turut disenaraikan sebagai tempat bersejarah negara. Sejarah mengenai Wigwam Motel telah disiarkan dua tahun lalu dan kepada yang ketinggalan anda boleh membaca artikel tersebut melalui alamat di bawah;
http://sharery.blogspot.com/2015/09/wigwam-motel-ikon-route-66-di-arizona.html?q=wigwam+motel
Ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010 dan langgani (subscribe) saluran You Tube, Shery NN.

No comments:

Post a Comment