Wednesday 17 January 2018

Bangunan Pentadbiran Negeri Utah

Sudah menjadi kewajipan bagi saya dan suami melawat ke setiap bangunan pentadbiran negeri (State Capitol) di Amerika Syarikat. Walaupun setiap bangunan kaya dengan seni bina lama dan sejarah yang tersendiri, namun Utah tetap menjadi kegemaran kami. Salah satu faktor lain yang menyebabkan kami suka untuk datang ke sini ialah lokasi yang strategik kerana ia terletak di tengah-tengah pusat bandar dan mudah untuk mendapatkan tempat meletak kenderaan percuma. Tidak seperti bandar-bandar lain yang menyediakan tempat meletak kenderaan berbayar berhampiran dengan bangunan pentadbiran.

Utah mempunyai nama samaran iaitu "Beehive State". Sarang lebah melambangkan penduduk Utah bekerjasama, menyokong dan membantu antara satu sama lain bagi mewujudkan industri yang berjaya. Simbol sarang lebah ini dapat dilihat di bendera negeri, lambang rasmi pentadbiran, tugu peringatan, bangunan-bangunan serta pejabat dan simbol di setiap papan tanda di lebuh raya. Di tangga utama menuju ke pintu masuk Utah State Capitol turut terdapat dua buah arca tembaga berbentuk sarang lebah.

Lawatan ke Utah State Capitol pada empat bulan lalu bukan kunjungan pertama atau kedua kali bagi kami malah saya pernah menyiarkan artikel mengenainya sebelum ini, namun saya tetap ingin kongsikan gambar-gambar baharu bersama pembaca. Saya telah rakamkan video di sekitar kawasan Utah State Capitol dan bandar Salt Lake City dengan rakaman 360 darjah serta pemandangan pada waktu malam.
Video ini juga boleh ditonton di melalui saluran You Tube saya; https://youtu.be/M4VCKwmnHHw

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

2 comments:

  1. salam sis..gambar semua cantik2..boleh tau guna camera ape or gambar edit ke..? tgh mencari kamera yang sesuai..tia <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya guna handphone. Heheh. Samsung Galaxy S8 plus 😊

      Delete