Tuesday 23 January 2018

Salt Lake City - Ibu Negeri Utah, Amerika Syarikat

Semasa saya dan suami memandu di dalam perjalanan pulang dari Las Vegas, Nevada ke Vancouver, Kanada pada kembara musim panas tahun lalu, kami singgah bermalam di Salt Lake City.

Bandar Salt Lake City merupakan ibu negeri Utah yang juga dikenali dengan nama samaran 'The Beehive State'. Gambar-gambar yang dikongsikan di sini saya rakamkan di Temple Square dan City Creek Center.

Temple Square ialah sebuah komplek dan pusat keagamaan berukuran 10 ekar. Oleh kerana kawasan persekitaran di sini sangat besar, maka ia menjadi lokasi popular bagi mereka yang ingin mengabadikan gambar perkahwinan.

Sebelum ini saya pernah datang dan bersiar-siar di dalam kawasan Temple Square pada waktu pagi.
http://sharery.blogspot.sg/2012/06/salt-lake-city-utah-bahagian-2.html?m=1
Kunjungan pada kali ini berbeza kerana gambar-gambar yang dirakamkan pada waktu petang lebih menarik di mana saya banyak 'bermain' dengan cahaya matahari.

City Creek Center ialah pusat membeli belah yang terletak di pusat bandar bersebelahan dengan Temple Square. Manakala Temple pula berselahan dengan tempat penginapan kami.
http://sharery.blogspot.sg/2018/01/the-kimball-condominiums-salt-lake-city.html?m=1

Ikuti juga video yang saya rakamkan di Temple Square dan City Creek Center yang dimuat naik di bawah ini.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/p9P_WD0QxQ4

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Biasanya saya tak edit banyak sebab camera phone saya dah bagus kualitinya. Saya guna Samsung Galaxy S8 Plus. Bergantung kepada keadaan gambar, ada waktunya saya guna beberapa apps. Adobe, Snapseed dan Line.

      Delete