Monday 8 January 2018

Kawasan Perkuburan Di Las Vegas

Tidak dinafikan ramai menganggap dan mengaitkan Las Vegas sebagai tempat perjudian dan hiburan semata-mata tetapi saya juga telah kerap kali menyangkal tanggapan tersebut. Pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa Las Vegas sama sahaja dengan bandar-bandar lain. Pejabat-pejabat kerajaan serta swasta, sekolah dan universiti semuanya menjalankan urusan seperti biasa dan begitu juga dengan penduduk tempatan.

Selain daripada itu, masih ramai yang tidak tahu bahawa penduduk beragama Islam juga ramai yang menetap di Las Vegas termasuk keluarga angkat saya yang telah bermastautin lebih dari 15 tahun lalu. Oleh kerana itu terdapat banyak restoran halal di Las Vegas dan tidak sukar bagi penduduk tempatan mendapatkan bekalan daging mentah halal.

Walaupun terdapat beberapa masjid, tetapi tanah perkuburan bagi umat Islam masih belum ada di Las Vegas. Mereka yang meninggal dunia akan dikebumikan di tanah perkuburan yang dikongsi dengan mereka yang berlainan fahaman agama. Sememangnya artikel ini disiarkan untuk para pembaca yang mungkin terkejut atau belum pernah melihat tanah perkuburan yang dikongsi. Empat bulan lalu saya dan suami telah ke Bunkers Eden Vale di Las Vegas untuk menziarahi pusara salah seorang dari ahli keluarga angkat kami.

Sudah beberapa kali kami datang ke sini dan melihat kepada kawasan persekitarannya, ia tidak pernah berubah. Maksud saya ialah kawasan ini dijaga dengan baik, rumput sentiasa dipotong pendek dan keseluruhannya sangat bersih. Teliti sepenuhnya video yang bakal anda tonton kerana ia akan membawa anda kepada satu pengalaman baharu.


Video di atas juga boleh ditonton melalui saluran
You Tube Shery NN : https://youtu.be/oA3rm8bxBMs

You Tube : Shery NN
Instagram : blog_th2010

No comments:

Post a Comment