Sunday 2 September 2018

Musim Sejuk/Salji Februari 2018 : Pusat Bandar Vancouver

Di sini saya kongsikan gambar-gambar pemandangan di pusat bandar Vancouver semasa bersalji. Saya berpeluang merakamkan gambar kerana kebetulan pada hari tersebut saya keluar untuk makan tengah hari setelah suami selesai dengan urusan kerja. Salji yang turun bermula dari awal pagi sehingga ke keesokan harinya. Ia merupakan antara salah satu hari yang banyak turunnya salji di Vancouver.

Pada sebelah petang kami singgah sebentar melihat pemandangan di taman rekreasi tingkat lima pangsapuri saya . Kemudian pada sebelah malam kami memandu di sekitar bandar dan dapat juga merakamkan video serta gambar untuk dibuat kenangan kerana sebelum ini saya tidak mempunyai banyak koleksi gambar salji pada waktu malam di bandar ini.

Video pemandangan bandar Vancouver ketika turunnnya salji telah saya muat naik di bawah ini. Sekiranya terdapat kesulitan untuk menontonnya, anda boleh terus ke saluran You Tube Shery NN;  https://youtu.be/_iSoNXopOCw


Pemanduan pada waktu malam hari yang sama juga turut menarik perhatian saya untuk merakamkan video. Sekiranya terdapat kesulitan untuk menontonnya, anda boleh terus ke saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/gd404ELvlxY


Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment