Semasa di Union Square kami ditegur oleh pelancong dari Australia kerana mereka mendengar percakapan suami yang berbunyi loghat/dialek Australia. Tentunya kami gembira dapat terserempak dengan pelancong dari negara yang sama. Salah seorang dari mereka yang tolong mengambil gambar kami berdua di mana kami berdiri di hadapan arca berbentuk hati. Anda boleh lihat melalui gambar yang saya muat naik seperti di bawah ini.
Banyak tempat-tempat tarikan pelancongan telah kami lawati sebelum ini jadi kali ini fokus hanyalah untuk mengambil gambar pemandangan dan seni bina bangunan serta rumah-rumah yang unik yang tidak pernah jemu mata memandang walaupun telah banyak kali saya rakamkan seakan pemandangan yang sama setiap kali datang ke San Francisco. Cuaca juga agak baik walaupun nampak seperti panas terik tetapi agak dingin. Jarak berjalan kaki kami sepanjang hari mungkin dianggarkan hampir 10 kilometer.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment