Tuesday 11 September 2018

Bellevue, Washington

Bellevue (bahasa Perancis dipanggil "beautiful view") ialah sebuah bandar yang terletak kira-kira 16 kilometer dari Seattle dan Tasik Washington yang memisahkan antara dua buah bandar ini. Sudah sedia maklum bahawa Seattle merupakan bandar yang menarik tumpuan pelancong serata dunia tetapi ramai yang tidak tahu Bellevue juga tidak kurang hebatnya. Di sini menempatkan banyak ibu pejabat dunia bagi syarikat-syarikat antarabangsa dan nama-nama besar seperti Microsoft, Expedia, T-Mobile dan Valve Corporation.
Kediaman pengasas Microsoft iaitu Bill Gates juga terletak tidak jauh dari Bellevue. 
Bellevue pernah beberapa kali disenaraikan antara bandar di dalam Amerika Syarikat yang bagus untuk tinggal serta memulakan perniagaan. Dari segi keperluan membeli belah atau hiburan semuanya cukup di Bellevue maka penduduk tempatan tidak perlu ke Seattle untuk mendapatkan apa-apa yang dikehendaki.

Semasa saya dan suami sedang menikmati makan malam di sebuah restoran pizza, satu rombongan ahli sukan turut masuk ke dalam restoran. Anda boleh lihat gambar suami saya yang berlatar belakangkan pemain bola sepak Oregon Ducks (mewakili negeri Oregon) serta pegawai dan jurulatih.

Gambar-gambar di bawah dirakamkan di sekitar pusat bandar Bellevue pada 2 dan 3 Mac iaitu lebih kurang 19 hari sebelum masuknya musim bunga. Di dalam video yang dimuat naik, saya turut rakamkan pemandangan di sebuah pusat membeli belah yang menempatkan butik-butik jenama mewah antarabangsa.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/y-jc8F3hfOk

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment