Friday 14 September 2018

Kediaman Mewah Bill Gates Di Bellevue, Washington

Medina ialah sebuah kawasan perumahan mewah yang terletak di pinggir Tasik Washington tidak jauh dari bandar Bellevue di Washington, Amerika Syarikat. Jarak antara Bellevue dan Seattle ialah lebih kurang 16 kilometer. http://sharery.blogspot.com/2018/09/bellevue-washington.html
Penduduk di Medina bukan calang-calang orangnya, antara mereka yang tinggal di sini ialah pengasas Microsoft iaitu Bill Gates serta eksekutif-eksekutif dari syarikat yang sama. Saya sudah lama mengetahui tentang kediaman Bill Gates cuma pada bulan Mac yang lepas baru saya berkesempatan datang ke Medina sementelah berada di Bellevue selama dua hari.

Pada tahun 2009, pihak berkuasa tempatan telah meletakkan camera litar tertutup (cctv) di sepanjang jalan utama memasuki Medina bagi tujuan keselamatan. Untuk menambahkan lagi kawalan keselamtan, Medina mempunyai polisnya sendiri walaupun penduduk tempatan tidak mencecah 3400 orang. Kawasan persekitaran di Medina sangat mendamaikan apatah lagi apabila duduk bersantai di tepi Tasik Washington. Semasa kedatangan saya, cuaca masih sejuk walaupun jika dilihat dari gambar nampak seperti panas terik.

Video yang dimuat naik di dalam artikel ini membawa anda seolah-olah berada bersama saya di Medina. Anda berpeluang melihat dari dekat kediaman Bill Gates yang saya rakamkan semasa memandu di hadapan dua buah pintu masuk yang berbeza.
Kualiti video yang dimuat naik di saluran You Tube saya lebih baik berbanding di laman blog ini. Anda boleh ke saluran You Tube Shery NN melalui alamat yang saya sertakan di bawah ;
https://youtu.be/Ayojy2FSsI4

Lelaki terkaya di dunia yang juga pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos turut berkongsi kejiranan dengan Bill Gates. Medina merupakan salah satu daripada lima kediaman yang beliau miliki di Amerika Syarikat. Di lain waktu dan kesempatan saya akan kembali ke Medina dan melawat ke kediaman Jeff Bezos pula.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

2 comments: