Monday 23 March 2020

Portland, Oregon, Amerika Syarikat

Portland ialah sebuah bandar yang paling besar dan paling ramai penduduk di negeri Oregon, Amerika Syarikat. Saya melihat bandar Portland seperti bandar Melbourne di Australia di mana antara persamaannya ialah bangunan-bangunan yang mengekalkan seni bina lama yang masih digunakan, pengangkutan trem dalam bandar dan juga terdapat banyak mural yang diilhamkan oleh artis yang berbakat.

Di dalam video baharu yang saya muat naik di saluran You Tube Shery NN https://youtu.be/0M3ag7B8R-4, anda dapat melihat saya membeli makanan halal di salah satu gerai tepi jalan yang terkenal di Portland. Saya juga rakamkan tempat menyewa basikal iaitu BIKETOWN yang dimiliki oleh Biro Pengangkutan Portland, dikendalikan oleh Motivate dan sedikit tajaan dari Nike. Saya dapat mengagak Nike memberi tajaan adalah kerana syarikat kasut terkenal dunia ini 'lahir' di negeri Oregon dan ibu pejabat dunia ialah terletak di Beaverton yang jaraknya hanya 13 kilometer dari Portland.

Antara artikel lain mengenai Portland yang pernah saya siarkan adalah seperti di bawah ini;
https://sharery.blogspot.com/2012/08/dari-seattlewashington-ke-portland.html
https://sharery.blogspot.com/2015/02/lokasi-pengambaran-fifty-shades-of-grey.html
https://sharery.blogspot.com/2017/03/pemanduan-dari-portland-ke-san-francisco.html
https://sharery.blogspot.com/2018/10/musim-bunga-di-portland-oregon-bahagian.html




























Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment