Monday 2 March 2020

Pike Place Market Seattle

Sudah beberapa kali saya menyiarkan artikel mengenai Pike Place Market, iaitu pasar terkenal tumpuan pelancong di Seattle, Washington. Walaupun pasar ini kerap saya kunjungi, tetapi saya belum pernah meninjau keseluruhan kawasan. Hanya pada kunjungan terkini baharu saya mengetahui yang pasar ini mempunyai beberapa lagi tingkat di bawah tanah.

Apa yang membuatkan saya tertarik ialah kedai-kedai yang mengekalkan reka bentuk serta hiasan lama yang masih kukuh dan bersih. Setiap kali saya melihat persekitaran sebegini, ia seolah-olah membawa saya ke era atau zaman sebelum saya lahir.

Bagi mereka yang gemar mengumpul barangan lama dan antik seperti wang, lukisan, piring hitam, barang permainan dan banyak lagi, Pike Place Market boleh dimasukkan ke dalam senarai yang perlu dikunjungi.

Pike Place Market dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga ke petang. Wifi percuma turut terdapat di sini. 


























 Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment