Friday 13 March 2020

Element by Westin Las Vegas Summerlin

Pernah dinyatakan sebelum ini bahawa setiap kali ke Las Vegas saya dan suami sentiasa memilih hotel yang agak jauh dari hiruk-pikuk Las Vegas Strip. Selain itu, kami juga dengan senang hati dapat menginap di bermacam-macam hotel berbeza. Terkini, kami menginap di Element by Westin yang terletak di Summerlin iaitu 29 kilometer dari pusat bandar Las Vegas. Jarak hotel ini mungkin agak jauh dari tempat tumpuan pelancong dan mungkin kurang mendapat tumpuan pelancong tetapi saya dan suami memilihnya kerana kami kerap datang ke Summerlin dan menyukai kawasan persekitaran serta kejiranannya.

Kami begitu senang sekali dengan penginapan selama beberapa hari di sini. Keadaan di dalam hotel juga agak tenang dan tidak kedengaran riuh rendah tetamu. Video yang dirakamkan di Element by Westin boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/zmmejvmFWpg

































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment